CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 7989|Reply: 40

Aidil Zafuan masih trauma

[Copy link]
Post time 9-4-2009 11:02 AM | Show all posts |Read mode
Pertahanan Negeri Sembilan mungkin  ambil tindakan undang-undang

"SAYAhormati Halim (Napi) sebagai seorang pemain senior tapi saya tidakfaham mengapa dia tergamak bertindak demikian kepada saya," kata AidilZafuan Abdul Radzak.

Mengakui dirinya masih trauma gara-gara diserang dan dipijakoleh penjaga gol Kelantan itu, Aidil, 23, turut tidak menolakkemungkinan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Halimkerana tidak mahu perkara seperti itu berulang lagi.
        
"Kesan dipijak masih dapat dilihat sehingga kini.Saya akan berbincang dengan keluarga dan pengurusan Persatuan BolaSepak Negeri Sembilan (PBNS) mengenai kemungkinan mengambil tindakanperundangan,
   
"Jika perlu saya akan melakukannya kerana saya tidak mahu iaberulang lagi dan ini juga bukan kali pertama Halim bertindak ganas.

"Keadaan huru-hara di luar stadium semalam (kelmarin) mungkintidak akan berlaku jika Halim tidak menyerang saya, kerana bagi sayatindakannya itu menyemarakkan lagi kemarahan penyokong Kelantan yangkecewa dengan kekalahan itu," kata Aidil.
                                  Dalam insiden di Stadium Sultan Mohamed ke-IV pada pertemuan separuhakhir pertama Piala FA kelmarin, Halim dikatakan meluru ke arah Aidillalu menumbuk dan memijaknya sebaik tamat perlawanan dan kekecohan ituterbawa-bawa kepada penyokong tuan rumah yang menterbalikan danmembakar sebuah kenderaan polis selain cermin beberapa kereta turutdipecahkan.

Sementara itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafiberkata, Halim akan dipanggil untuk memberi keterangan bagi membantusiasatan atas tindakan menumbuk dan memijak Aidil.

"Tindakan boleh dikenakan terhadap Halim kerana mendatangkankecederaan berdasarkan bukti daripada rakaman video tanpa perlu laporanpolis dibuat terhadapnya oleh pemain Negeri Sembilan itu.

"Kita akan menjalankan siasatan secara menyeluruh berhubunginsiden selepas perlawanan malam tadi (kelmarin) dan akan mengadakanperbincangan dengan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) sebelumsebarang tindakan lanjut diambil," katanya pada sidang media di IbuPejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, semalam.
                                Abdul Rahim berkata tindakan agresif Halim itu menaikkan semangatpenyokong Kelantan sehingga tercetus rusuhan di luar stadium yangmemaksa polis melepaskan 20 das gas pemedih mata bagi meredakankeadaan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-4-2009 11:07 AM | Show all posts
Saya akan berbincang dengan keluarga dan pengurusan Persatuan BolaSepak Negeri Sembilan (PBNS) mengenai kemungkinan mengambil tindakanperundangan,

jangan lupa bincang dengan rita rudaini sekali ya!
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2009 11:12 AM | Show all posts
x pe..balik umah bini lawa ada.....kasik la urut satu badan...
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2009 11:31 AM | Show all posts
nk urut cmne..bkn bini dia tgh preggy ke??si aidil ni yg patut urut si rita tu..ngeh3..
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2009 11:33 AM | Show all posts
dulu die kenan kt rita kot..
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2009 11:37 AM | Show all posts
Buat malu jer main bola tak seberapa, gaduh je lebih. Datang Selangor pun nak bergaduh....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-4-2009 11:50 AM | Show all posts
Apada Kelantan nie...ni sume takleh terima kekalahan lah nie..
kesian kat pasukan Negri aku ..
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2009 12:05 PM | Show all posts
tindakan bodoh dan sia2...yg aku lagi pelik penonton konon2 tunjuk lagak macam org xde pedoman.akai taruk lutut :@ :@ :@ :@
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-4-2009 12:22 PM | Show all posts
football hooligan...
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2009 12:57 PM | Show all posts
kesian rita...........
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2009 02:14 PM | Show all posts
Originally posted by zuriey at 9-4-2009 11:33
dulu die kenan kt rita kot..

  pastu ni aidil lak yg dapat.. apa lagi.. pijak jela.. oppss sori..
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2009 04:07 PM | Show all posts
Orang Kelantan takkan mula cari pasal ngan orang lain kalo orang tu yang tak mula dulu :@
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2009 07:38 PM | Show all posts

Reply #12 edy_uptown's post

betul ke? malas nak komen org kelantan ke... orang johor ke... negeri sembilan ke... apa ke...
sepatutnya kematangan perlu ada.... dalam sukan ada yang menang dan ada yang kalah.... dalam yang menang meraikan kejayaan... yang kalah mungkin terasa dengan cara kemenangan diraikan....
jadi... kematangan adalah sebagai sempadan...
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2009 07:50 PM | Show all posts
Originally posted by edy_uptown at 9-4-2009 16:07
Orang Kelantan takkan mula cari pasal ngan orang lain kalo orang tu yang tak mula dulu :@


Betol 2.. ari2 kat stadium shah alam pon penyokong selangor yg start dulu baling2 kerusi...:@
Penyokong2 kelantan semua baik & bersopan santun sampaikan selalu dikasari penyokong negeri2 lain...
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2009 11:09 PM | Show all posts
ye laaa tuu  kot kene usik takkan sampai camtu skali nak react? sopan santun laa sangat.
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2009 12:05 AM | Show all posts
halim ni xserik2...
dulu time kena gantung macam raih simpati sgt

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-4-2009 09:33 AM | Show all posts
gantung seumur hidup je atau sampai mati... perangai tak berubah2 .....patutnya Anuar Musa tak panggil dia main balik.. Anuar musa pon bodoh gak
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2009 05:09 PM | Show all posts

Reply #13 aku76's post

yup.. tul tu bro.. kene la blajar terima hakikat.. emosi sume kene jaga.. xleh nk main ikut kpala kite je.. cuba la pikir jauh ke dpn..
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2009 05:14 PM | Show all posts

Reply #12 edy_uptown's post

jgn mcm ni bro.. aku pun org sana.. tp xdela smpai nk emosi gitu skali.. mmg la frust team kite sokong kalah.. tp adat permainan la.. ade kalah menang..
pastu walaupun dh kene provoke skalipun.. cube la bfikir dgn matang.. xkan la org provoke kite je.. trus kite nk amuk bagai.. kalo camtu xde gune idup brmasyarakat..
my advise bro.. cube byk2 kan bgaul dgn org2 bkn skampung dgn hang.. xde ruginye bile byk kawan brbagai negeri ni..
my 2 cent..
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2009 05:16 PM | Show all posts
kalo x silap aku la.. halim napi ni penah main bola utk team penjara klantan sblm dia jd player pro.. aku xtau la dia tu jd warden ke ape kat sana..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-6-2024 11:23 PM GMT+8 , Processed in 0.097343 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list