CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 302|Reply: 0

[Borneo] Perluasan penjualan ujian kendiri COVID-19 dijangka bulan ini

[Copy link]
Post time 15-10-2021 08:48 AM | Show all posts |Read mode


Penjualan kit ujian pantas antigen COVID-19 (ujian kendiri) di pasar raya dan kedai rantaian dijangka dapat dilaksanakan dalam bulan ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Ini kerana Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan Kementerian Kesihatan (KKM) kini berada di peringkat akhir perbincangan berhubung perkara tersebut, katanya.

Kit ujian pantas antigen COVID-19 (ujian kendiri) ketika ini dijual di semua farmasi komuniti berdaftar atau premis fasiliti kesihatan yang terdapat di negara ini.

"Perluasan penjualannya di pasar raya dan kedai rantaian terpilih buat permulaan ini akan membolehkan orang ramai mendapatkan kit tersebut dengan lebih mudah," kata Nanta dalam sidang media secara maya selepas majlis pelancaran Pameran dan Persidangan Francais Antarabangsa Malaysia 2021 (FIM 2021) secara maya hari ini.

Nanta dalam pada itu berkata kerajaan juga akan memastikan paras harga siling borong dan runcit baharu bagi kit ujian pantas antigen COVID-19 (ujian kendiri) tidak akan memberi kesan kepada pemain industri.

"Sesi perbincangan masih diadakan sehingga satu tahap semua pihak bersetuju terhadap harga runcit dan borong maksimum bagi kit ujian pantas antigen COVID-19. Kementerian mahu harga baharu yang akan ditetapkan adalah yang terbaik kepada pengguna dan ia tidak akan memberi kesan kepada perniagaan,” katanya.

Berkuat kuasa 5 Sept, harga runcit maksimum bagi kit ujian pantas antigen COVID-19 (ujian kendiri) ditetapkan pada RM19.90 bagi setiap set manakala harga borong ditetapkan RM16 satu set.

Pada 8 Okt lepas, Nanta dilaporkan berkata kerajaan akan menetapkan paras harga siling borong dan runcit baharu bagi kit ujian pantas antigen COVID-19 (ujian kendiri) pada November.

Nanta berkata KPDNHEP mengambil maklum terdapat kira-kira sembilan juta kit ujian pantas antigen COVID-19 (ujian kendiri) yang berada dalam pasaran ketika ini.

"Pihak industri terlibat dalam membawa masuk dan mengeluarkan kit ini telah memberikan maklum balas positif supaya kit tersebut dijual pada harga yang lebih rendah daripada harga runcit maksimum ketika ini," katanya. - BERNAMA




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2024 05:28 PM GMT+8 , Processed in 0.587572 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list