CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1239|Reply: 12

[Tempatan] Check suhu badan, catatan buku rekod tak perlu lagi mulai 11 Feb

[Copy link]
Post time 8-2-2022 06:16 PM | Show all posts |Read mode
Pemeriksaan suhu badan dimansuh bermula Jumaat ini
Oleh Faris Fuad - Februari 8, 2022 @ 5:59pm


KUALA LUMPUR: Mesyuarat Ke-12 Menteri Kuartet COVID-19 hari ini menetapkan prosedur operasi standard (SOP) pemeriksaan suhu badan dan buku rekod mendaftar masuk di premis akan dimansuhkan bermula Jumaat ini.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pandangan daripada Kementerian Kesihatan (KKM).

"Dengan pemansuhan ini, pemilik premis tidak lagi diwajibkan menyediakan alat pengimbas suhu dan buku rekod di pintu masuk premis masing-masing. Namun, pendaftaran masuk menggunakan aplikasi MySejahtera masih diwajibkan seperti biasa.

"Bagaimanapun, sekiranya pemilik premis masih ingin meneruskan pelaksanaan SOP pemeriksaan suhu dan buku rekod, kerajaan amat mengalu-alukan dan menggalakkannya," katanya pada sidang media di Wisma Pertahanan, di sini, hari ini.

Ditanya pilihan individu terutama warga emas tidak mempunyai telefon pintar untuk mendaftar masuk premis menggunakan aplikasi MySejahtera, Hishammuddin berkata, pemansuhan berkenaan perlu dilakukan bagi memastikan negara bergerak ke hadapan.

"Kalau kita baca buku rekod, macam-macam contengan ada, ini tidak menggambarkan keadaan sebenarnya. Jadi untuk bergerak ke hadapan lebih balik kita tumpukan tujuh tonggak seperti disebut sebelum ini.

"Kalau kita masih dalam takuk dahulu, pada masa sama kita lihat ke hadapan dengan pendekatan baharu, akhirnya orang akan keliru.

"Jadi suhu badan dan buku itu tidak menjadi pertimbangan kita lagi," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2022 06:42 PM From the mobile phone | Show all posts
berita gembira utk si pendek
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2022 11:13 PM From the mobile phone | Show all posts
berita gembira utk si katik
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2022 11:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa solution untuk yg xde phone atau tertinggal phone?

Ada statement penuh x?
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2022 10:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Anuar Zain tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2022 10:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku cukup meluat imbasan suhu kedai guna beli kat shopee made in china kejap suhu alien kejap suhu mayat layak baling dlm loji kumbahan her.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 10-2-2022 11:14 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2022 11:18 PM From the mobile phone | Show all posts
JokesCop replied at 8-2-2022 11:17 PM
Apa solution untuk yg xde phone atau tertinggal phone?

Ada statement penuh x?

Tiada. Aku percaya ini hanya satu langkah pertama untuk mewajibkan penggunaan MySengsara di semua tempat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2022 11:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Hahah pastu simpan je ke sian laa yg jual menda alah ni kat shopee tu kena kambus stock kat belakang umah ke?

Iols suka yg mcm kat ikea tu sbb dia mcm xtray kita hihihi
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2022 11:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau aku scan suhu di kedai akan dapat 36.3 C. Suhu normal aje walhal sebenarnya positif. Aku boleh aje masuk kedai kalau guard setakat check suhu aje. Tapi biasanya alat tu unsupervised pun.  

Jadi terpulang kepada diri sendiri utk buat self test dan declare dalam mysejahtera. Kalau diri sendiri tak ambil peduli dengan orang lain,maka bawalah covid tu merata-rata. Benda ni kena ada inisiatif sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2022 12:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagus lah mansuh. Aku penah kene ape ke gilanye suhu naik smpai berbunyi2 kecoh 1 kedai
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2022 12:07 AM From the mobile phone | Show all posts
manzilla replied at 10-2-2022 11:18 PM
Tiada. Aku percaya ini hanya satu langkah pertama untuk mewajibkan penggunaan MySengsara di semua  ...

Sian makcik pakcik takde talipon.

Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2022 08:39 AM | Show all posts
Edited by bottombikini at 11-2-2022 08:40 AM
netto_ replied at 11-2-2022 12:05 AM
Bagus lah mansuh. Aku penah kene ape ke gilanye suhu naik smpai berbunyi2 kecoh 1 kedai

kan?
aku penah nak masuk farmasi pastu jadah tu bunyi semua pandang aku
padahal otw nak ke farmasi tu mmg aku lalu bawah panas lit2
binawe betul nak kena tunggu lama sikit baru dpt masuk

pagi ni aman2 eksyen je lalu benda ni
kalo tidak guard kat lobi jegil mata mcm ko bunuh org kalo tak scan suhu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Kereta manual VS kereta automatik,
fahdramliKereta manual VS kereta automatik,
Views : 92853 Replies : 167
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 199562 Replies : 4684
Nama pokok ni?
BelovedTaeyeonNama pokok ni?
Views : 6335 Replies : 14
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 30415 Replies : 223
Orang tamak selalu rugi:Nenek Di Shah Alam Rugi Lebih RM4 Juta Akibat Skim Pelaburan Palsu Di Facebook
YgBenarOrang tamak selalu rugi:Nenek Di Shah Al
Views : 9167 Replies : 21
Semasa meeting boss tiba-tiba cakap "saya kecewa dengan prestasi kerja kamu". Apa yang korang nak jawab?
admin6Semasa meeting boss tiba-tiba cakap "say
Views : 4266 Replies : 5
‘Banyak Peniaga Melayu Tiada Ilmu Penyediaan Makanan Bersih & Selamat’ – Chef Wan
YgBenar‘Banyak Peniaga Melayu Tiada Ilmu Penye
Views : 11738 Replies : 8
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 23932 Replies : 159
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 41253 Replies : 251
Perfume Mana yg Best?
NaatashaPerfume Mana yg Best?
Views : 105069 Replies : 419

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 05:51 PM GMT+8 , Processed in 0.067851 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list