CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 733|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Data DNA bantu kesan suspek kes rogol remaja

[Copy link]
Post time 9-4-2022 10:35 AM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Siasatan saintifik menggunakan data asid deoksiribonukleik (DNA) berjaya mengenal pasti suspek terbabit dalam kes rogol remaja perempuan di Balik Pulau, Pulau Pinang, 12 tahun lalu.

Pengarah Jabatan siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, susulan itu operasi digerakkan serta-merta untuk menahan suspek yang juga lelaki 40 tahun.

Katanya, suspek diberkas di ladang kambing di Balik Pulau pada 3.30 petang, semalam dan kini direman di Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya, Pulau Pinang selama enam hari bermula hari ini hingga 13 April.

"Suspek ditahan untuk membantu siasatan kes rogol remaja berusia 15 tahun (ketika kejadian) dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan," katanya.

Menurutnya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak pernah berputus asa dalam siasatan kes itu, sehinggalah berjaya mengenal pasti suspek dan dia akan dibawa ke muka pengadilan.

"PDRM sedang melengkapkan siasatan dan kertas siasatan ini akan dirujuk kepada pihak pendakwa raya untuk arahan pertuduhan," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ek-kes-rogol-remaja
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-6-2024 07:42 PM GMT+8 , Processed in 0.174004 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list