CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1064|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Imam 'Superman' kena tahan

[Copy link]
Post time 10-4-2022 10:25 AM | Show all posts |Read mode

TIGA daripada individu yang ditangkap dalam operasi berkenaan. FOTO ihsan PDRM

Kuala Lumpur: Seorang imam sebuah masjid di Rantau Panjang di Klang antara lapan individu yang ditahan dalam Operasi Khas Samseng Jalanan, awal pagi tadi.

Lelaki berusia 20 tahun itu melakukan aksi berbahaya sambil menunggang motosikal dengan memakai jubah.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Mohd Nadzri Hussain berkata, operasi yang dijalankan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman dijalankan di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE), Lebuhraya Persekutuan dan Lebuhraya Shah Alam (Kesas).

Menurutnya, dalam operasi itu, seramai lapan penunggang motosikal, berusia 14 hingga 24 tahun, ditahan selepas dikesan menunggang secara berbahaya.

Katanya, semua suspek ditahan di sekitar Shah Alam, Klang dan Kuala Lumpur oleh anggota operasi yang menjalankan risikan.

"Penunggang motosikal didapati melakukan aksi 'Superman' sambil menunggang pada kelajuan tinggi.

"Mereka yang ditahan kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam dan Klang Selatan untuk siasatan lanjut," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 28A Akta Pengangkutan Jalan 1987.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... superman-kena-tahan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-6-2024 06:20 PM GMT+8 , Processed in 0.336230 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list