CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1410|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Aktiviti seleweng diesel stesen minyak di Klang tumpas

[Copy link]
Post time 11-4-2022 11:50 AM | Show all posts |Read mode

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menumpaskan aktiviti penyelewengan minyak diesel bersubsidi di sebuah stesen minyak di Klang, Selangor pada Khamis lalu. - Foto KPDNHEP

PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menumpaskan aktiviti penyelewengan minyak diesel bersubsidi dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM 74,862.50 di sebuah stesen minyak di Klang, Selangor pada Khamis lalu.

Pengarah Penguat Kuasa KPDNHEP, Azman Adam, berkata serbuan yang dijalankan pada jam 10 malam oleh sepasukan anggota Penguat Kuasa dari KPDNHEP Putrajaya itu hasil risikan yang dilakukan sejak beberapa minggu.

Katanya, ketika serbuan terdapat lori tangki sedang mengisi minyak diesel ke dalam tangki simpanan di stesen minyak berkenaan.

"Ketika serbuan pemandu lori terbabit baru membuat pengisian minyak berjumlah RM250 dan hasil pemeriksaan mendapati pemandu lori itu membuat bayaran berjumlah RM1,000 bagi pengisian secara tunai," katanya melalui satu kenyataan, hari ini.


Hasil pemeriksaan juga mendapati dua bahagian tangki simpanan lori berkenaan mengandungi minyak diesel dianggarkan berjumlah 5,000 liter.

KPDNHEP turut menyita minyak diesel, lori tangki, satu set dekoder kamera litar tertutup (CCTV), invois, resit jualan serta belian berserta dokumen perniagaan yang lain dari stesen minyak berkenaan untuk tujuan siasatan.

Azman berkata, pihaknya turut menahan pemandu lori lelaki warga tempatan berusia 60 tahun bagi membantu siasatan.

Katanya, kertas siasatan sudah dibuka dan siasatan dibuat mengikut Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961 bagi mengenalpasti rantaian pengedaran minyak diesel itu bermula daripada stesen minyak berkenaan sehinggalah ke peringkat pembeli.

Pada masa sama, Azman mengingatkan bahawa mana-mana individu yang melakukan kesalahan sedemikian boleh diambil tindakan mengikut AKB 1961 dan jika disabitkan boleh didenda tidak lebih RM 1 juta manakala bagi kesalahan berikutnya tidak melebihi RM 3 juta bagi orang perseorangan atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

"Bagi syarikat pula, sekiranya sabit kesalahan ia boleh didenda tidak melebihi RM2 juta manakala bagi kesalahan berikutnya tidak melebihi RM 5 juta.

"Kementerian juga akan mengambil tindakan tegas dengan menggantung sementara lesen stesen minyak yang terbabit sehingga siasatan selesai dijalankan dan keputusan kes dimuktamadkan," katanya.

Beliau berkata, syarikat yang terbabit juga akan disiasat mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001) (Akta 613) iaitu kesalahan pengubahan wang haram bagi tujuan mengesan, membeku, menyita serta sehingga ke peringkat perlucutanhak ke atas apa-apa hasil

pendapatan atau harta yang dijana daripada aktiviti haram penyelewengan berkaitan minyak diesel.

Katanya, sekiranya disabitkan dengan kesalahan bawah Akta 613 pesalah boleh dipenjarakan sehingga 15 tahun.

"Pesalah juga boleh didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan itu pada masa kesalahan itu dilakukan atau RM5 juta, yang mana yang lebih tinggi," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... yak-di-klang-tumpas
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-5-2024 11:39 AM GMT+8 , Processed in 0.252002 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list