CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2883|Reply: 1

WhatsApp alami gangguan, punca belum dikenal pasti

[Copy link]
Post time 25-10-2022 05:07 PM | Show all posts |Read mode
WhatsApp alami gangguan, punca belum dikenal pasti


Foto hiasan.


KUALA LUMPUR: Perkhidmatan aplikasi WhatsApp hari ini mengalami gangguan teknikal selepas pengguna dilapor berdepan masalah untuk mengirim atau menerima mesej.

Berdasarkan laman web DownDetector, laporan mengenai gangguan berkaitan perkhidmatan WhatsApp diterima seawal jam 2.47 petang tadi.

Melalui komen pada laman web itu, gangguan teknikal turut dilapor berlaku di Indonesia, Bulgaria, Finland dan Nigeria.

Downdetector memaklumkan lebih 11,000 pengguna di seluruh India melaporkan mengalami gangguan, manakala di UK pada 68,000 dan 19,000 untuk Singapura sehingga kini.

Bagaimanapun tidak dinyatakan punca gangguan pada aplikasi itu berlaku dan tiada sebarang kenyataan rasmi juga dikeluarkan setakat ini oleh penyedia perkhidmatan sosial media terbabit.

Sementara itu, REUTERS melaporkan aplikasi WhatsApp mengalami kegagalan fungsi di seluruh dunia, dengan pengguna di India, United Kingdom (UK), Afrika Selatan dan Asia melaporkan masalah untuk menghantar dan menerima teks atau video.

"Kami sedar sesetengah orang kini menghadapi masalah menghantar mesej dan kami sedang berusaha memulihkan WhatsApp untuk semua orang secepat mungkin," kata jurucakap syarikat induk WhatsApp, Meta Platforms.

Sumber:https://www.bharian.com.my/berit ... belum-dikenal-pasti

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-10-2022 06:18 AM | Show all posts
bukanlah berakhir hidup walau whatsapp terganggu sekejap haritu
saya guna facebook mesengger aje.siap guna SMS zaman batu lagi dengan kawan2
sebab masing2 malas nk install telegramlah dan lain2.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 23791 Replies : 156
Uji Minda :)
yoanaUji Minda :)
Views : 90334 Replies : 632
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 196656 Replies : 4557
Point Kumpul Tachang
evatasoPoint Kumpul Tachang
Views : 30434 Replies : 184
JOM test mata korang?
fahdramliJOM test mata korang?
Views : 30569 Replies : 165
(QUIZ) Which Disney Princess Are You Based on What You Eat?
Ladyreverie(QUIZ) Which Disney Princess Are You Bas
Views : 26599 Replies : 99
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 7079 Replies : 50
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 30146 Replies : 220
TREND MARKETING OR STICK TO EVERGREEN METHOD?
adila39TREND MARKETING OR STICK TO EVERGREEN ME
Views : 2665 Replies : 15
Expectation vs Reality
Lavender85Expectation vs Reality
Views : 7803 Replies : 56

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 11:47 PM GMT+8 , Processed in 0.094020 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list