CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 177|Reply: 0

[Perlis] Hari Wesak; Beberapa jalan di George Town ditutup berperingkat

[Copy link]
Post time 3-5-2023 03:02 PM | Show all posts |Read mode
Edited by mattzzx at 3-5-2023 03:15 PM







SOFFIAN Santong pada sidang akhbar mengenai penutupan jalan sempena perarakan sambutan Hari Wesak esok di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut, George Town, Pulau Pinang hari ini. - Pix: IQBAL HAMDAN


GEORGE TOWN: Beberapa jalan di sekitar pusat bandar di sini akan ditutup secara berperingkat bermula petang esok bagi memberi laluan kepada perarakan sempena Hari Wesak.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, pergerakan perarakan sempena Hari Wesak itu akan bermula di Jalan Burma dan berakhir di jalan sama, kira-kira pukul 7 petang esok hingga 10 malam.

Jelasnya, antara jalan di sekitar pusat bandar yang akan ditutup secara berperingkat ialah Jalan Burma; Jalan Pangkor; Jalan Kelawai; Lorong Burma; Jalan Perak; Lebuhraya Peel; Jalan Macalister; Jalan Anson dan Lorong Madras.



Menurutnya, sebanyak 30 pasukan dengan 200 peserta akan berarak sempena perayaan itu dan dijangka seramai 25,000 orang akan berkumpul di sepanjang laluan perarakan tersebut.

“Seramai 123 anggota termasuk anggota trafik dikerahkan bertugas untuk mengawal keadaan bagi memastikan kelancaran trafik dan kententeraman awam sepanjang perarakan berlangsung.

”Kami memohon orang ramai memberi laluan kepada perarakan tersebut bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku serta melancarkan pergerakan sepanjang perarakan berlangsung,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut, di sini hari ini.


Dalam pada itu, tambah beliau, satu lagi acara keagamaan iaitu mini Thaipusam yang melibatkan perarakan pedati perak dari Lebuh King sehingga ke kuil di Jalan Air Terjun turut akan berlangsung esok.

”Laluan perarakan pedati perak ini tidak sama dengan laluan perarakan Hari Wesak dan akan mula berarak pada pukul 6 petang esok hingga 6 pagi hari Jumaat.
”Pedati perak ini akan berhenti di dua laluan iaitu di kuil Lebuh Victoria dan di Jalan Datuk Keramat,” katanya.

Tambahnya, perarakan pedati perak itu tidak akan melibatkan ramai peserta dan 10 anggota polis diarahkan untuk mengawal trafik sepanjang pedati perak itu bergerak.
”Orang awam dinasihatkan merancang perjalanan masing-masing supaya tidak terperangkap dalam kesesakan jalan raya.

”Pihak polis juga berharap orang ramai memberi kerjasama demi memastikan kelancaran aliran trafik di kawasan pusat bandar,” katanya. – UTUSAN



SOFFIAN Santong pada sidang akhbar mengenai penutupan jalan sempena perarakan sambutan Hari Wesak esok di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut, George Town, Pulau Pinang hari ini. - Pix: IQBAL HAMDAN

https://www.utusan.com.my/nasion ... tutup-berperingkat/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 119556 Replies : 3088
Apa sebenarnya Anxiety?
adila39Apa sebenarnya Anxiety?
Views : 11346 Replies : 7
Telah menghabiskan simpanan mereka atau terpaksa berhutang hanya untuk membayar ejen bagi dokumentasi,Menteri Bangladesh Rayu Kerajaan Malaysia Benarkan 17,000 Abangla Masuk Bekerja
YgBenarTelah menghabiskan simpanan mereka atau
Views : 9152 Replies : 9
MADAME WEB
SY_MumiMADAME WEB
Views : 5056 Replies : 12
BEETLEJUICE BEETLEJUICE
SY_MumiBEETLEJUICE BEETLEJUICE
Views : 9397 Replies : 1
Herbal Improved Cream For Big Butt & Small Breat in Midrand,Modderfontein+27791574740 Orange Farm,RandburgSouth africa
shifahHerbal Improved Cream For Big Butt & Sma
Views : 2845 Replies : 1
Max Curve Women Creams And Pills in Roodepoort,Sandton,Soweto,Naturena South Africa+27791574740
shifahMax Curve Women Creams And Pills in Rood
Views : 3338 Replies : 1
Azizulhasni bersara dengan tenang jika rangkul pingat emas di Olimpik Paris
prettygoodAzizulhasni bersara dengan tenang jika r
Views : 9343 Replies : 1
[Takziah] Pyan Habib meninggal dunia
doubleA[Takziah] Pyan Habib meninggal dunia
Views : 24250 Replies : 28
Instafamous Rempit (kak yah, kak zah & the geng) part 3
hotmakInstafamous Rempit (kak yah, kak zah & t
Views : 185474 Replies : 1709

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-6-2024 06:16 AM GMT+8 , Processed in 0.052290 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list