CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1160|Reply: 1

[DUNIA] Tragedi Aidiladha: Insiden Rempuhan Terowong Al-Muassim 1990, Lebih 1,000 Mayat Jemaah Haji Bertindih

[Copy link]
Post time 29-6-2023 10:19 AM | Show all posts |Read mode
Tragedi Aidiladha: Insiden Rempuhan Terowong Al-Muassim 1990, Lebih 1,000 Mayat Jemaah Haji Bertindih




Hari ini, seluruh umat Islam menyambut Hari Raya Aidiladha dan dengan penuh rasa kesyukuran kita meraikannya bersama orang tersayang.

Namun, dalam pada kita bergembira itu janganlah dilupa mereka yang sudah meninggalkan dunia ini tidak kiralah ahli keluarga mahu pun saudara Islam yang lain.


Mari kita imbau tentang tragedi menyayat hati yang berlaku suatu ketika dahulu ketika umat Islam seluruh dunia menyambut Aidiladha.



Rempuhan terowong Muassim
Insiden rempuhan di dalam Terowong Muassim di Mina berlaku pada 2 Julai 1990 dan ia merupakan antara tragedi paling buruk yang berlaku ketika musim haji.

Terowong Muassim adalah terowong pejalan kaki sepanjang 550 meter dan 10 meter lebar yang menghubungkan Mekah dan Mina.

Kejadian buruk itu mula berlaku apabila jambatan pejalan kaki berkenaan bengkok menyebabkan tujuh orang terjatuh dari jambatan dan menghempap jemaah yang sedang berjalan keluar dari terowong.



Melebihi kapasiti
Terowong tersebut dikatakan hanya mampu menampung kapasiti sebanyak 1,000 orang sahaja namun ketika itu jumlah jemaah yang melaluinya lebih daripada dua kali ganda.

Malah, anggaran mengatakan seramai 5,000 orang berada di dalam terowong tersebut ketika insiden terbabit berlaku.

Menurut Menteri Dalam Negeri ketika itu, Putera Nayef, tujuh individu yang paling awal terjatuh dari jambatan telah membuatkan jemaah lain takut dan mula panik.

Disebabkan ramai jemaah berkerumunan, mereka semua jatuh ke atas satu sama lain. Orang tua mula jatuh dahulu dan semua jemaah di dalam terowong tidak boleh ke mana-mana. Mereka jatuh atas satu sama lain, mayat bertimbun.”






Lebih ramai maut kerana lemas
Suhu di luar terowong yang terlalu panas (44 darjah Celcius) diburukkan lagi dengan kegagalan sistem pengudaraan di dalam terowong itu.

Sistem pengudaraan yang tidak berfungsi dengan baik itu juga  telah dipersalahkan dan dikatakan menjadi punca kepada banyak nyawa terkorban.

Malah, ada yang mengatakan lebih ramai yang meninggal dunia akibat lemas daripada kerana dihempap oleh ribuan manusia.


umlah kematian yang dilaporkan akibat tragedi itu adalah seramai 1,426 orang termasuklah 19 jemaah Malaysia dan sebahagian besar mangsa yang maut adalah dari Asia.



Respon daripada Raja Arab Saudi
Selepas berlaku insiden malang itu, Raja Fahd dikatakan telah memberikan respon yang kurang memuaskan dan tidak profesional apatah lagi ia menyebabkan kematian.

Raja Fahd memberi kenyataan,

Semuanya adalah kerana kehendak Allah. Jika bukan meninggal di sini, mereka akan meninggal juga di tempat lain dan pada masa yang sama.”
Tambahnya, apa yang berlaku adalah kemalangan dan tiada sesiapa boleh menyalahkan negara itu kerana pihak berkuasa telah menyediakan semua kemudahan kepada jemaah.



Penyampai radio, AG lihat depan mata
AG, penyampai radio Hot FM berkata dia antara individu yang berada di Mekah ketika tragedi rempuhan itu berlaku namun bernasib baik kerana tidak melalui terowong tersebut.

Ketika itu, dia baru berusia 10 tahun dan tidak dapat dia gambarkan dengan kata-kata apabila melihat ratusan mayat di depan mata.

Dari khemah, kami dapat melihat sendiri bagaimana jengkaut digunakan untuk mengalihkan mayat yang terkorban terhimpit dan bertembung di tengah terowong.”


Sumber:https://beautifulnara.com/traged ... aah-haji-bertindih/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-6-2023 12:54 PM From the mobile phone | Show all posts
ngerinya mati lemas dihempap manusia, alih2 king bkn nk minta maaf salahkan diri sendiri, disalahkan ajal plak, bodo punya jawapan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 23791 Replies : 156
Uji Minda :)
yoanaUji Minda :)
Views : 90334 Replies : 632
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 196656 Replies : 4557
Point Kumpul Tachang
evatasoPoint Kumpul Tachang
Views : 30434 Replies : 184
JOM test mata korang?
fahdramliJOM test mata korang?
Views : 30569 Replies : 165
(QUIZ) Which Disney Princess Are You Based on What You Eat?
Ladyreverie(QUIZ) Which Disney Princess Are You Bas
Views : 26599 Replies : 99
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 7079 Replies : 50
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 30146 Replies : 220
TREND MARKETING OR STICK TO EVERGREEN METHOD?
adila39TREND MARKETING OR STICK TO EVERGREEN ME
Views : 2665 Replies : 15
Expectation vs Reality
Lavender85Expectation vs Reality
Views : 7803 Replies : 56

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 11:38 PM GMT+8 , Processed in 0.070711 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list