CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 191|Reply: 0

[Perlis] Siang sub kon, malam tukang bekam

[Copy link]
Post time 3-7-2023 11:46 AM | Show all posts |Read mode

SHAFIK (kiri) gigih menjalankan khidmat bekamnya kepada pelanggannya dari rumah ke rumah di seluruh Perlis. FOTO Aizat Sharif

Arau: Siang bekerja sebagai sub kontraktor telekomunikasi dan malam pula giat menjadi tukang bekam.

Ia menjadi rutin Mohamad Shafik Ahmad Zuki, 33, yang menyediakan perkhidmatan rawatan bekam bergerak dari rumah ke rumah sejak dua tahun lalu.

Inisiatif ini bermula apabila dia mendapati tidak banyak pusat rawatan kesihatan yang menyediakan rawatan bekam di Perlis.

Kerana itu, dia menyediakan perkhidmatan rawatan bekam bergerak sekali gus memudahkan para pelanggan mendapatkan rawatan itu.

"Tidak ramai yang boleh mengendalikan rawatan bekam ini secara sistematik kerana ia membabitkan darah kotor yang disedut keluar daripada badan. Saya kemudiannya sediakan khidmat ini secara temu janji.

"Namun, saya lakukan khidmat bekam ini secara sambilan pada waktu petang hingga malam selain pada hari minggu kerana saya bertugas sebagai sub kontraktor telekomunikasi pada siang," katanya.

Bapa kepada dua anak ini berkata, pelanggannya juga bukan saja dari Perlis malah Kedah dengan caj dikenakan sekitar RM50 membabitkan pakej 11 cawan.

"Rawatan bekam ini menggunakan jarum lancet pakai buang serta bersih. Susukan pula membabitkan bahagian belakang, leher, atas kepala dan kaki.

"Secara asasnya, rawatan bekam adalah untuk kesihatan dan ketika ini, kesedaran berkaitan rawatan ini semakin tinggi namun agak sukar untuk mencari pusat rawatan bekam di negeri ini," katanya.

Mohamad Shafik bercadang untuk membuka pusat rawatan bekam bagi mengembangkan perniagaan berkenaan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -malam-tukang-bekam

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-6-2024 12:13 AM GMT+8 , Processed in 0.080042 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list