CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 228|Reply: 1

[Perlis] 'Orang muda perlu ceburi bidang perikanan negara, elak dimonopoli warga asing'

[Copy link]
Post time 10-7-2023 07:51 PM | Show all posts |Read mode
'Orang muda perlu ceburi bidang perikanan negara, elak dimonopoli warga asing'


Oleh Aizat Sharif - Julai 10, 2023 @ 7:19pm  bhnews@bh.com.my




Muhammad Faiz menunjukkan motosikal yang akan digunakan oleh petugas di Pasar Nelayan Mobile semasa Majlis Rahmah Mesra Madani Pengerusi LKIM bersama Nelayan Negeri Perlis di Simpang Empat, Kangar. STR/AIZAT SHARIF




KANGAR: Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) menggesa golongan muda dan belia menceburi bidang perikanan di negara ini sebagai usaha mengelakkan bidang berkenaan dimonopoli warga asing dalam negara ini.

Pengerusi LKIM, Muhammad Faiz Fadzil, berkata sehingga kini dianggarkan seramai 26,000 golongan belia menceburi bidang perikanan yang berdaftar sebagai ahli persatuan nelayan di seluruh negara.

"Difahamkan, jumlah sebenar nelayan muda di negara ini mungkin lebih 30,000 orang, namun mereka tidak berdaftar kerana tidak memiliki lesen nelayan.

"Jika dipecahkan jumlah ini adalah sekitar 20 hingga 30 peratus saja daripada keseluruhan 87,000 nelayan berdaftar di bawah persatuan nelayan di seluruh Malaysia.

"Jadi, kita mahu pembabitan golongan belia sebagai nelayan muda kerana ia sangat penting kepada sektor perikanan negara terutama dalam usaha kita memastikan kelestarian sekuriti makanan negara.

"Selain itu, kita ingin melihat lebih ramai golongan ini aktif menceburi bidang yang mencabar kerana ia memerlukan kekuatan fizikal yang ada pada mereka," katanya selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Madani Pengerusi LKIM bersama Nelayan Perlis di Dewan Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Perlis Selatan di Kuala Sungai Baru, Simpang Empat, di sini, hari ini.

Pada majlis itu, Muhammad Faiz menyerahkan replika cek Elaun Sara Hidup Nelayan Tahun 2023 bagi nelayan Perlis berjumlah RM1,360,800; empat unit enjin bot berkuasa 40 kuasa kuda dan 50 unit kotak ikan berinsulasi bernilai RM70,000 di bawah Program Peningkatan Pendapatan iaitu Bantuan Peralatan Penangkapan Ikan; bakul makanan kepada 60 nelayan berjumlah RM3,000 dan replika cek Geran Pemadanan 'Change Upgrade Product (CUP)' kepada usahawan bimbingan LKIM Perlis bernilai RM42,000.

Turut hadir, Pengarah LKIM Perlis, Sobri Ibrahim; Pengarah LKIM Kedah, Dr Abdul Salim Tajudin dan Pengerusi Persatuan Nelayan Negeri Perlis (Pelaris), Jasni Hashim.

Muhammad Faiz berkata, kewujudan lebih ramai golongan nelayan muda amat penting bagi memastikan sektor perikanan tidak direbut dan didominasi warga asing dalam negara ini.

"Kita tidak mahu melihat hasil laut kita direbut warga asing yang bekerja di negara ini, walhal kita punya golongan muda yang berdaya saing.

"LKIM juga sedar beberapa isu yang membelenggu golongan muda terutama dari segi kekangan modal, pinjaman bank, pemilikan lesen dan sebagainya lagi.

"Jadi, bagi tujuan pemilikan lesen nelayan, kita akan cuba membantu memudah cara golongan nelayan muda memiliki lesen walaupun ia di bawah bidang kuasa Jabatan Perikanan," katanya.

Muhammad Faiz mendedahkan nelayan muda iaitu golongan belia berusia 18 hingga 35 tahun mempunyai banyak faedah dalam bidang perikanan termasuk pinjaman modal daripada Koperasi Belia Negara (Kobena) untuk memulakan perniagaan atau menambah modal perniagaan.

"Golongan belia boleh menyertai persatuan nelayan kerana melalui persatuan itu, lebih banyak peluang diperoleh termasuk mendapatkan enjin atau sampan secara percuma.

"Malah, banyak lagi cabang bantuan lain boleh dimohon golongan belia termasuk menyertai program Agroprenuer Muda serta lain-lain program yang dirangka kerajaan dalam usaha melestarikan kemampanan ekonomi negara," katanya.







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2023 08:01 PM | Show all posts
Salah satu cabang lubuk rezeki
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 05:49 PM GMT+8 , Processed in 8.403550 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list