CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 147|Reply: 0

[Perlis] PRN: Pemimpin ada 'dosa besar' dan moral antara 300 nama dicadang kepada Majlis Syura

[Copy link]
Post time 12-7-2023 02:45 PM | Show all posts |Read mode
PRN: Pemimpin ada 'dosa besar' dan moral antara 300 nama dicadang kepada Majlis Syura


Aizat Sharif
am@hmetro.com.my



HASHIM Jasin. FOTO Arkib NSTP.




Arau: Lebih 300 nama yang dicadangkan Perhubungan Pas Negeri sebagai calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) di Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan disaring oleh Majlis Syura Ulama Pas pada sesi tapisan Jumaat lalu.

Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin berkata, daripada jumlah berkenaan, Majlis Syura Ulama Pas ada menolak nama individu yang dicadangkan kerana didapati mempunyai masalah moral dan 'dosa besar' selain memberi kesan kepada parti itu sekiranya nama itu terus dicalonkan.

"Tapisan yang dibuat adalah sangat teliti bagi memastikan 126 calon yang terpilih bertanding di bawah Pas dan Perikatan Nasional (PN) ini benar-benar berkelayakan dan mengikut syarat yang ditetapkan.

"Ada nama yang dicadangkan itu ditolak kerana tidak memenuhi syarat ditetapkan terutamanya berkaitan dengan akhlak dan moral.

"Jika diteliti juga antara syarat bagi melepasi tapisan Majlis Syura adalah seseorang itu mesti mempunyai moral dan akhlak baik, tidak meninggalkan tanggungjawab fardu ain dan tidak melakukan dosa besar," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau turut menjelaskan bahawa dosa besar yang dimaksudkan Pas adalah kesalahan besar dari sudut Islam.

"Dosa besar ini adalah bermaksud kesalahan besar yang dilakukan dari sudut Islam.

"Nama yang sudah melepasi saringan dan tapisan ini pula akan diserahkan kembali kepada Pas negeri untuk pertimbangan penentuan kerusi yang akan ditandingi," katanya.

Antara nama yang disebut bakal dijadikan calon dalam PRN kali ini adalah bekas pemimpin kanan Umno, Tan Sri Annuar Musa.

Selain itu juga, nama Nik Mohamad Abduh yang juga anak bekas kepada Menteri Besar Kelantan dan bekas Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat dikatakan sebagai salah seorang nama yang berjaya melepasi saringan Majlis Syura Ulama Pas untuk bertanding di Kelantan nanti.

Ini adalah kemunculan semula Nik Abduh yang digugurkan Pas daripada bertanding mempertahankan Parlimen Bachok dalam Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.




Disiarkan pada: Julai 12, 2023 @ 2:33pm










Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-6-2024 02:24 PM GMT+8 , Processed in 0.062857 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list