CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1592|Reply: 0

[Johor] Keluarga wanita maut selepas prosedur besarkan payudara buat aduan

[Copy link]
Post time 9-8-2023 02:47 PM | Show all posts |Read mode

LAPORAN Harian Metro semalam.

Johor Bahru: Keluarga wanita yang maut selepas membuat prosedur membesarkan payudara dipercayai dilakukan pakar kecantikan tidak bertauliah pada 29 Julai lalu akan membuat aduan rasmi kepada Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ).

Suami wanita itu yang dikenali sebagai Wong, 35, berkata, pihaknya akan menghubungi JKNJ bagi membuat temujanji untuk membuat aduan rasmi berkenaan.

Katanya, dia berharap pengusaha rawatan kecantikan itu dikenakan tindakan undang-undang.

"Ya, saya akan buat aduan rasmi secepat mungkin. Sebelum ini saya sudah buat laporan polis berhubung insiden kematian isteri, Ahad lalu.

"Saya berharap tindakan tegas undang-undang dapat dibuat terhadap pengusaha rawatan kecantikan itu.

"Mereka beroperasi di rumah semasa membuat prosedur isteri dan saya percaya mereka tiada lesen.

"Isteri saya meninggal dunia dan keputusan bedah siasatan pertama mendapati bahagian payudara isteri dipenuhi kuman.

"Keputusan kedua akan diperoleh dalam tempoh masa tiga bulan selepas sampel darah isteri dihantar ke makmal," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Semalam, JKNJ menggesa keluarga wanita terbabit membuat aduan rasmi berhubung kejadian terbabit.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan negeri Ling Tian Soon dilaporkan berkata, siasatan tidak dapat dijalankan dengan teliti kerana tiada aduan rasmi diterima dari keluarga mangsa.

"Sekiranya aduan rasmi dibuat ahli keluarga mangsa, JKNJ boleh menyiasat kes berkenaan di bawah Akta 586.

"Akta 586 ialah Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Siswa 1998 bagi memastikan pusat rawatan kecantikan tersebut mematuhi prosedur operasi standard dan juga mempunyai lesen profesional yang berkaitan," katanya.

Terdahulu, tular di media sosial kematian ibu muda berusia 29 tahun yang dikenali sebagai Chen selepas empat hari membuat prosedur membesarkan payudara yang dipercayai dibuat oleh pakar kecantikan tidak bertauliah di sebuah rumah di Taman Mutiara Rini, Skudai.

Mangsa yang mempunyai dua anak berusia sembilan dan 12 tahun meninggal dunia pada 2 Ogos lalu.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... payudara-buat-aduan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-6-2024 02:10 AM GMT+8 , Processed in 0.235378 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list