CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3927|Reply: 0

[SEJARAH] Kampung Melayu Subang 1930-an

[Copy link]
Post time 7-9-2023 11:04 PM | Show all posts |Read mode
Kampung Melayu Subang 1930-an




Kampung ini dibuka sekitar tahun 1930-an oleh orang-orang dari seberang iaitu dari Tanah Jawa. Salah seorang peneroka awal ini bernama Imam abdul Hamid serta kumpulan pengikutnya.
Imam Abdul Hamid merupakan Imam pertama bagi masjid dikampung ini dan beliau amat dihormati oleh penduduk tempatan dari segi ilmu agama dan ilmu kebatinan yang dimilikinya. Ringkasnya, boleh dikatakan bahawa peneroka awal kampung ini terdiri daripada masyarakat berketurunan Jawa.Kawasan ini pada asalnya didiami oleh orang Asli.



      Kampung Melayu Subang mendapat namanya daripada sebuah cerita masyarakat setempat. Menurut cerita,dikawasan ini terdapat dua buah sungai iaitu Sungai Damansara dan Sungai Pelumut.Kedua-dua sungai ini bertemu di Damansara dan Sungai Pelumut. Kedua-dua sungai ini bertemu di bahagian hilirnya iaitu di Kampung Batu Tiga. Pada suatu masa, terdapat dikalangan orang Asli ini mencari rezeki dengan cara menangkap ikan di sungai tersebut. Semasa menjaring ikan, mereka telah berjumpa dengan objek iaitu subang yang sering dipakai oleh kaum wanita dikedua-dua kawasan sungai ini.


       Oleh kerana kawasan tersebut masih bernama maka mereka telah menakan kampung itu sebagai Kampung Subang.Pada masa kini, Kampung Melayu Subang terbahagi kepada dua bahagian iaitu Kampung Melayu Subang yang didiami oleh 100% orang melayu dan Kampung Melayu Subang yang ditubuhkan semasa Darurat (Zaman Komunis) dan didiami oleh orang Cina. Pada masa dahulu, kawasan disekitar Kampung Melayu Subang ini merupakan estet kelapa sawit dan getah yang dikenali sebagai Ladang Subang iaitu di bawah pengurusan Syarikat Guthrie.


      Menurut banci semasa, penduduk yang mendiami kawasan ini berjumlah 12,000 orang.
Sejak pembukaanya, kampung ini telah ditadbir oleh ketua-ketua kampung berikut:

  • Tok Marsidi (sekitar tahun 1960-an);
  • Tok Mansor;
  • Tok Abdul Rahman;
  • Tok Haji Yusof; dan
  • Tuan Haji Mohamad Isa bin Mohd Sahat.


        Diperingkat awal, kampung ini diteroka bagi tujuan pertanian. Walau bagaimanapun,
perkembangan yang berlaku di kawasan sekitar kampung ini telah banyak mengubah wajah Kampung Melayu Subang kearah yang lebih maju dan moden. Kawasan kampung yang dahulunya adalah kawasan penanaman getah dan perusahaan padi telah melalui banyak perubahan. Pada masa kini, aktiviti penyewaan rumah kepada orang luar lebih diutamakan dan tiada lagi tanaman pertanian yang diusahakan penduduk.


      Pada era 1970-an sehingga pertengahan 1990-an, Lapangan Terbang Antarabangsa Subang terletak sangat hampir dengan kampung ini. Peluang-peluang pekerjaan di kawasan lapangan terbang ini mendorong kampung untuk berkerja di sektor awam dan swasta dan tidak lagi tertumpu kepada sector pertanian. Kemasukan penghijrah dari luar kawasan telah menjadikan penduduk di kampung ini semakin meningkat. Rumah-rumah sewa telah dibina di tapak-tapak tanah asal dan sambutannyan amat menggalakkan serta mengungtungkan penduduk.Sehubungan dengan perkembangan kampung ini maka kemudahan asas sedia ada seperti masjid dan sekolah agama rakyat telah diperbaharui sepenuhnya tanpa bertukar lokasi asal. Kini, Kampung Melayu Subang berada di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).



Sumber:https://www.selangor.gov.my/petaling.php/pages/view/34

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 23791 Replies : 156
Uji Minda :)
yoanaUji Minda :)
Views : 90334 Replies : 632
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 196656 Replies : 4557
Point Kumpul Tachang
evatasoPoint Kumpul Tachang
Views : 30434 Replies : 184
JOM test mata korang?
fahdramliJOM test mata korang?
Views : 30569 Replies : 165
(QUIZ) Which Disney Princess Are You Based on What You Eat?
Ladyreverie(QUIZ) Which Disney Princess Are You Bas
Views : 26599 Replies : 99
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 7079 Replies : 50
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 30146 Replies : 220
TREND MARKETING OR STICK TO EVERGREEN METHOD?
adila39TREND MARKETING OR STICK TO EVERGREEN ME
Views : 2665 Replies : 15
Expectation vs Reality
Lavender85Expectation vs Reality
Views : 7803 Replies : 56

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 11:19 PM GMT+8 , Processed in 0.060635 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list