CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2759|Reply: 17

[Politik] Kecoh parlimen bila PN "disekolahkan" Azalina Othman

  [Copy link]
Post time 22-9-2023 01:04 AM | Show all posts |Read mode
Edited by pengecattaik at 22-9-2023 10:02 AM

KUALA LUMPUR, 18 Sept – Sidang Parlimen hari ini kecoh apabila Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang Dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said menyindir Perikatan Nasional (PN) yang tidak berusaha untuk memisahkan Peguam Negara daripada kuasa pendakwaan sepanjang mereka memerintah sebelum ini.

Ini kerana katanya, dalam Perlembagaan ada mengatakan bahawa perkataan budi bicara hanya boleh digunakan oleh Yang di-Pertuan Agong namun Peguam Negara mempunyai hak untuk mendakwa dan melepaskan tertuduh dalam apa-apa kes sekali pun.



“Dalam Perlembagaan, perkataan budi bicara itu dipakai hanya pada Yang di-Pertuan Agong sahaja. Satu lagi manusia atas dasar ihsan namanya ialah Peguam Negara di bawah Perkara 145. Maknanya, budi bicara ini tidak boleh dipersoal.

“Dalam masa yang sama juga Peguam Negara yang menjadi penentu kepada keamanan dan keselamatan negara… jadi dia ada kuasa. Tuduhan yang diberi dan kuasa perlembagaan kepada Peguam Negara membolehkan beliau menuduh sesiapa sahaja termasuk Perdana Menteri, menteri kabinet, speaker dan juga pembangkang.

“Sebab itu saya sebut tadi, dalam perlembagaan, Yang di-Pertuan Agong ada beberapa kuasa termaktub dan satu sahaja individu yang diberikan kuasa ihsan iaitu Peguam Negara. Jadi, bererti di sini setiap Peguam Negara mempunyai kuasa untuk mendakwa dan juga melepaskan,” katanya ketika sesi perbahasan di Dewan Rakyat, sebentar tadi.

Menurutnya yang juga Ahli Parlimen Pengerang itu, meskipun Hakim telah memutuskan agar tertuduh dilepas namun tidak dibebaskan, individu tersebut boleh didakwa semula sekiranya terdapat bukti baharu.

“Meskipun Hakim membebaskan tidak semestinya tidak boleh dituduh semula. Mana-mana orang yang dilepaskan dalam apa kes sekalipun, semua boleh dituduh semula. Kalau kita nak sebut ada elemen pendakwaan terpilih, berbagai Peguam Negara sebelum mana-mana tarikh mana-mana pemimpin politik, kita boleh periksa semula.

“Sebagai contoh, Tan Sri Tommy Thomas banyak kes yang dilepaskan. Itu hak beliau. Kemudian kita tengok mantan Peguam Negara, Tan Sri Idrus pun boleh buat apa yang dia mahu dalam pelbagai kes. Itu kuasa dia. Jadi, saya nak terangkan di sini, itu sebabnya Kerajaan Madani hari ini komited untuk memisahkan Peguam Negara daripada kuasa pendakwaan,” katanya lagi.

https://umno-online.my/2023/09/18/sidang-parlimen-kecoh-azalina-sindir-pn-tidak-pisahkan-peguam-negara-daripada-pendakwaraya-apabila-berkuasa/



Single Polls, Total 20 Users voted

Count down: 49 Days23 Hours55 min.

Your User group have no permission to vote

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2023 01:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Teringat dulu2 azalina sound nurul izzah suruh bapa dia bertaubat
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2023 02:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Sheols pakai jaket corak2 mcm tu boleh lepas masuk bersidang?

Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2023 10:10 AM | Show all posts
mojarean_X replied at 22-9-2023 01:05 AM
Teringat dulu2 azalina sound nurul izzah suruh bapa dia bertaubat

bertaubat apa sodomi atau apa sis?
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2023 11:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Bro zalina ni bljr xabis kot, budibicara tu mesti atas nasihat siapa? X kan la anak sedara ag bunuh org dh ada prima facie tup2 kes sampai kt dia teruih bagi lepas bebas, gila babess namanya
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2023 11:47 AM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 22-9-2023 10:10 AM
bertaubat apa sodomi atau apa sis?

Bertaubat iteww utk spesis yg banyak dosa macam ko je keww?

#tanyaje

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-9-2023 11:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Firenzza replied at 22-9-2023 11:04 AM
Bro zalina ni bljr xabis kot, budibicara tu mesti atas nasihat siapa? X kan la anak sedara ag bunuh  ...

Adakeww Keputusan DNAA yg dibuat oleh mantan peguam negara diluar lunas undang undang atau perlembagaan ?

Siapa yg arahkheun altuntunya utk diletupkheun....diperlukheun utk membuat keputusan dan sabitan hukuman keatas si pembunuh keww?

What ko assume is not important...
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2023 11:52 AM | Show all posts
next pru kita tengok apa jadi dengan umno
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2023 11:53 AM From the mobile phone | Show all posts
mojarean_X replied at 22-9-2023 01:05 AM
Teringat dulu2 azalina sound nurul izzah suruh bapa dia bertaubat

Demi masa sesungguhnyer manusia iteww dlm kerugian.....sila sambung....
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2023 12:03 PM | Show all posts
apa hallll




btw terganggu betul dgn org blkg tu
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2023 12:24 PM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 22-9-2023 10:10 AM
bertaubat apa sodomi atau apa sis?

Jap nanti iols upload bideo
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2023 12:32 PM | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 22-9-2023 10:10 AM
bertaubat apa sodomi atau apa sis?

Nah chuols

Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2023 12:41 PM | Show all posts

hahahaha. sekarang ramai spin kaki ampu peliwat

jujurnya kaka percaya madanon sebab anak beranak dia pakai tutup aurat. anak beranak umngok kan jarang pakai tudung nak2 lg big mama..last2 sekali bila berkuasa hmmm teruk betul.

tq first time tengok video ni
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2023 01:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Jadi maksudnya peguam negara boleh dibeli atau mmg memihak kerajaan maka dia bley lepas kan tertuduh yg didalam kerajaan? Gitu maksud dia?
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2023 02:55 PM From the mobile phone | Show all posts
albedah replied at 22-9-2023 01:45 PM
Jadi maksudnya peguam negara boleh dibeli atau mmg memihak kerajaan maka dia bley lepas kan tertuduh ...


Budibicara yg teda confined parameters tika ini ...

Boleh saja dituduh dibeli , tidak masuk akal dan seumpamanyer but keputusan DNAA iteww sah mengikut undang undang dan perlembagaan...

Aku tak reti nak draw...tapi ituler hakikatnyer
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2023 03:14 PM | Show all posts
honam replied at 22-9-2023 11:52 AM
next pru kita tengok apa jadi dengan umno

UMNO akan menang majority...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2023 08:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Firenzza replied at 22-9-2023 11:04 AM
Bro zalina ni bljr xabis kot, budibicara tu mesti atas nasihat siapa? X kan la anak sedara ag bunuh  ...

Sebab dia belajar law la dia kata mcm tu. Dlm parlimen kot. Mana boleh bohong.
Btw hg baru sedar ka kuasa AG ni? Dah lama org dok pertikai benda ni.
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2023 01:24 AM | Show all posts
Simunggu replied at 22-9-2023 03:14 PM
UMNO akan menang majority...


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-5-2024 10:06 AM GMT+8 , Processed in 0.094968 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list