CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1256|Reply: 0

ATM bakal distruktur semula - Panglima

[Copy link]
Post time 10-10-2023 11:59 AM | Show all posts |Read mode

Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman melakukan pemeriksaan perbarisan tempur statik membabitkan 30 pegawai dan 306 anggota lain-lain pangkat TDM, TLDM, TUDM dan Gabungan Pasukan Khas sempena Hari ATM ke-90 di Jeti Operasi Markas Pemerintahan Armada Barat, Pangkalan TLDM Lumut, hari ini. - Foto NSTP/Muhamad Lokman Khairi

LUMUT: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan menjalani penstrukturan semula bagi membentuk sebuah 'angkatan masa hadapan' yang menepati kemajuan teknologi, kalis cabaran masa depan dan menepati jangkaan rakyat.

Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman berkata langkah itu bertepatan dengan pelan Strategi Ketenteraan Negara 2.0 yang dilancarkan September tahun lalu sebagai dokumen strategi tertinggi.

Katanya, penstrukturan semula itu juga menyokong Kertas Putih Pertahanan yang menetapkan dengan jelas hala tuju strategik pertahanan sehingga 2030 dalam mempertahankan kedaulatan, keutuhan wilayah dan kepentingan negara.

"Komponen terpenting bagi tonggak strategi pertahanan atau cegah rintang berpadu kini giat dilaksanakan dalam membina angkatan masa hadapan sebagai perisai negara yang berpaksi kepada postur bersepadu, tangkas dan berfokus.



"Saya dibantu oleh Panglima-Panglima Perkhidmatan yang dilihat sebagai penjana keupayaan daya tempur menerusi konsep `raise, train and maintain' (tingkat, latihan dan kekalkan).

"Panglima Angkatan Bersama selaku nadi tempur kepada aplikasi tindak balas ketenteraan melalui kaedah `operate and sustain' (pengoperasian dan mampan)," katanya ketika berucap pada sambutan Hari ATM ke-90 di Jeti Operasi Markas Pemerintahan Armada Barat, Pangkalan TLDM Lumut, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan; Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Rahman Ayob dan Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan.

Pada majlis itu, hadirin dipertontonkan perbarisan tempur statik membabitkan 30 pegawai dan 306 anggota lain-lain pangkat daripada empat kontinjen terdiri daripada TDM, TLDM, TUDM dan Gabungan Pasukan Khas.

Turut diadakan segmen demontrasi keupayaan ATM yang memperlihatkan kompetensi ketiga-tiga cabang perkhidmatan serta keupayaan aset iaitu Kenderaan Perisai AV8 Gempita, Kenderaan Berperisai Berantai ACV 300 Adnan, Kenderaan Pelancar Roket Igla SLU, Kenderaan Pelancar Roket Astros II dan Helikopter Agusta LOH A109.

Selain itu, Helikopter MD 530G, Supacat ATMP, Kenderaan Pengangkut Senjata VAMTAC S3 MK 19 dari TDM, Helikopter AW 139 (HOM), Helikopter Super Lynx, Helikopter Fennec, Fast Combat Boat (FCB) dan Rigid Hull Inflatable Boat (RHIB) dan TLDM.

Pesawat Pengangkut C-130 Hercules, Helikopter EC 725 dan Kenderaan Pelancar Misil Starstreak dari TUDM selain pembabitan Pegawai dan Lain-Lain Pangkat dari Gerup Gerak Khas (GGK), Pasukan Khas Laut (PASKAL) dan Pasukan Khas Udara (PASKAU).

Dalam pada itu, Mohammad menjemput orang ramai menghadiri Karnival Hari ATM 2023 di Pangkalan TLDM Lumut pada Jumaat hingga Ahad ini dengan pelbagai aktiviti serta pameran ditampilkan, membabitkan cabang darat, laut dan udara dalam ATM.
https://www.bharian.com.my/berit ... tur-semula-panglima
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Transfer aset trading?
KogoromouriTransfer aset trading?
Views : 4902 Replies : 4
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 159257 Replies : 3908
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 71225 Replies : 2929
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 3930 Replies : 15
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 102401 Replies : 2875
Want to tap into the exciting world of sports betting?
peterkester96Want to tap into the exciting world of s
Views : 4431 Replies : 1
‘Renovate Rumah Boleh, Beli Tudung Tak Boleh’ – Disindir Netizen Di TikTok, Syamimia Respon ‘Wah Cantik Bahasa’
dio5774‘Renovate Rumah Boleh, Beli Tudung Tak
Views : 13806 Replies : 97
Walaupun KKM kata rakyat Malaysia gemok tetapi kajian tunjuk wanita Malaysia Ke-6 Paling Cantik Di Asia, Atasi Singapura & Thailand.Acik forum bangga?
YgBenarWalaupun KKM kata rakyat Malaysia gemok
Views : 7909 Replies : 54
Edisi tambah tacang: Perang Dingin
Tinot7Edisi tambah tacang: Perang Dingin
Views : 5153 Replies : 40
Instafamous Rempit (kak yah, kak zah & the geng) part 3
hotmakInstafamous Rempit (kak yah, kak zah & t
Views : 188147 Replies : 1712

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-6-2024 01:15 AM GMT+8 , Processed in 0.050543 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list