CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4404|Reply: 4

[Tempatan] Tapak harimau belang sebesar tapak tangan orang

[Copy link]
Post time 16-11-2023 12:37 PM | Show all posts |Read mode
Tapak harimau belang sebesar tapak tangan orang
Oleh AIMUNI TUAN LAH
16 November 2023, 8:11 am


Kesan tapak harimau yang ditemui di kawasan berhampiran rumah penduduk di Kampung Seberang Lembaga, RPT Kesedar Sungai Terah, Gua Musang kelmarin. FOTO AIMUNI TUAN LAH


GUA MUSANG – Kira-kira 800 penduduk Kampung Seberang Lembaga di Rancangan Pemulihan Tanah (RPT) Kesedar Sungai Terah, di sini gempar selepas menemui kesan tapak kaki harimau belang berhampiran rumah penduduk, petang kelmarin.

Penghulu Mukim RPT Kesedar Sungai Terah, Nordin Mat Yusoff, 48, berkata, penduduk kini hidup dalam ketakutan susulan penemuan tapak kaki harimau belang sebesar tapak tangan manusia itu.

Katanya, penduduk telah membuat laporan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) berhubung kejadian tersebut.

“Anggota Perhilitan sudah datang untuk melihat kesan di lokasi tempat penduduk menjumpai tapak harimau terbabit pagi ini (semalam).

“Buat masa ini, saya menasihatkan kepada pekebun supaya sentiasa berhati-hati terutamanya apabila keluar pada waktu malam atau tidak ke kebun buat sementara waktu,” katanya ketika ditemui pemberita di Kampung Seberang Lembaga di sini, semalam.

Seorang pekebun, Zahari Daud, 53, berkata, dia berharap pihak berwajib dapat segera menangkap haiwan liar terbabit yang kini dipercayai masih berkeliaran di kawasan hutan dan kebun penduduk.

“Beberapa hari lalu kelibat haiwan liar itu dilihat di Jalan Subong di sini. Terbaharu, seorang penduduk cedera selepas merempuh harimau belang dan semalam (kelmarin) kami menemui kesan tapak kaki di belakang rumah penduduk.

“Saya harap harimau terbabit dapat ditangkap dengan kadar segera supaya penduduk dan pekebun dapat hidup dengan lebih tenang,” katanya.

Seorang lagi pekebun, Raja Azmi Ramli, 64, berkata, meskipun takut dan bimbang terserempak harimau belang, dia tetap perlu ke kebun untuk membaja pokok sawit.
kebimbangan dan ketakutan para pekebun dan penduduk kampung,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Perhilitan Kelantan, Mohamad Hafid Rohani berkata, pihaknya sudah ke lokasi kejadian selepas menerima aduan daripada penduduk kampung.

Katanya, ukuran tapak harimau belang sudah diambil selepas anggota Perhilitan bergegas ke lokasi kejadian pagi semalam dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Kosmo! semalam melaporkan, seorang pemuda lari lintang-pukang selepas motosikal jenis Honda C70 yang dia tunggang dirempuh seekor harimau belang yang tiba-tiba keluar dari hutan dalam kejadian di Jalan Gua Musang-Jeli di sini pada Isnin lalu.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2023 12:40 PM From the mobile phone | Show all posts
hati2...ada yg sedang mengintai...tu.
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2023 01:02 PM | Show all posts
besar betul..

kalau harimau jupe kucing, dia mkn kucing ka?
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2023 01:06 PM | Show all posts
batmana replied at 16-11-2023 01:02 PM
besar betul..

kalau harimau jupe kucing, dia mkn kucing ka?






Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2023 12:49 AM From the mobile phone | Show all posts
weiiiii besar giler
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
di Malaysia menyeronokkan , jiran semuanya baik namun selepas 35 tahun wanita  Rohingya, Amirah Anisah Samad yang dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia tekad berhijrah ke AS untuk kehidupan lebih baik
YgBenardi Malaysia menyeronokkan , jiran semuan
Views : 8169 Replies : 83
MONEY HEIST [LACASA DE PAPEL]
royaldanishMONEY HEIST [LACASA DE PAPEL]
Views : 78368 Replies : 199
BROOKLYN 99
anony-mousBROOKLYN 99
Views : 5817 Replies : 20
ONLY MURDERS IN THE BUILDING
PrickfordONLY MURDERS IN THE BUILDING
Views : 6698 Replies : 27
STRANGER THINGS SEASON 2
farleoSTRANGER THINGS SEASON 2
Views : 29981 Replies : 48
GOOD GIRLS (NETFLIX)
adila39GOOD GIRLS (NETFLIX)
Views : 9921 Replies : 18
Sambal Village Park
delima.HSambal Village Park
Views : 1882 Replies : 13
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 193094 Replies : 4473
Sambal village grocer
redr0seSambal village grocer
Views : 2002 Replies : 5
Sambal Garing Bilis Tempe.. sedap dan terangkat!
bang_nsrSambal Garing Bilis Tempe.. sedap dan te
Views : 4975 Replies : 16

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 01:24 AM GMT+8 , Processed in 0.057110 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list