CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4123|Reply: 22

[Tempatan] Buku kempen BN tulis Chin Peng sepupu Kit Siang, dakwa pemimpin Bersatu. #3, DAP dicabar ambil tindakan terhadap BN dakwaan kaitkan dengan Chin Peng

[Copy link]
Post time 16-11-2023 03:47 PM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 16-11-2023 07:54 AM

Buku kempen BN tulis Chin Peng sepupu Kit Siang, dakwa pemimpin Bersatu

https://www.freemalaysiatoday.co ... a-pemimpin-bersatu/

Mohamad Fadli - 16 Nov 2023, 3:43pm


Wan Saiful Wan Jan mendakwa buku kempen BN ada mengaitkan beberapa pemimpin DAP dengan Chin Peng dan Lee Kuan Yew.

Wan Saiful Wan Jan mendakwa buku kempen BN ada mengaitkan beberapa pemimpin DAP dengan Chin Peng dan Lee Kuan Yew.

KUALA LUMPUR: Seorang pemimpin Bersatu meminta Pengerusi DAP Lim Guan Eng turut mengambil tindakan terhadap Barisan Nasional (BN) yang didakwa mengaitkan beberapa pemimpin parti itu dengan Ketua Parti Komunis Malaya Chin Peng.

Sebelum ini, bekas ketua menteri Pulau Pinang itu menyaman Ahli Parlimen Kepala Batas Siti Mastura Muhammad daripada PAS berhubung isu berkenaan. Beliau juga disiasat polis membabitkan kesalahan agama, bangsa dan institusi diraja (3R).

Ahli Parlimen Tasek Gelugor Wan Saiful Wan Jan daripada Bersatu mendakwa pada PRU15 BN telah menerbitkan bahan kempen yang mengaitkan beberapa pemimpin DAP dengan Chin Peng selain bekas perdana menteri Singapura Lee Kuan Yew.

Sehubungan itu, beliau meminta Guan Eng mengambil tindakan undang-undang terhadap BN jika mahu membersihkan nama parti itu.

“Jangan ambil undang-undang terpilih.

“Ambil tindakan pada yang cetak buku itu,” kata bekas ketua penerangan Bersatu itu pada sidang media di Parlimen.

Sebelum ini, Guan Eng mendakwa Siti Mastura membuat beberapa dakwaan “perkauman dan ekstremis” dalam ucapannya di sebuah perhimpunan politik pada 4 Nov lalu, termasuk menuduh bapanya yang juga veteran DAP, Lim Kit Siang adalah sepupu kepada Chin Peng.

Timbalan ketua Wanita PAS itu juga mendakwa Kit Siang dan Guan Eng adalah sepupu Lee, manakala Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok merupakan sepupu Betty Chew, isteri Guan Eng.

Wakil rakyat PAS itu turut menuduh beberapa pemimpin DAP mempunyai pertalian darah dengan keluarga Lim.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2023 03:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Buku tu nama penulis pun takde
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-11-2023 03:54 PM | Show all posts
DAP dicabar ambil tindakan terhadap BN dakwaan kaitkan dengan Chin Peng

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... an-dengan-chin-peng

Mohd Nasaruddin Parzi
bhnews@bh.com.my

Disiarkan pada: November 16, 2023 @ 3:24pm


WAN Saiful. FOTO Arkib NSTP

Kuala Lumpur: Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan mencabar DAP khususnya Pengerusinya, Lim Guan Eng mengambil tindakan ke atas Barisan Nasional (BN) yang lebih awal mendakwa beliau mempunyai hubungan kekeluargaan dengan pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng.

Dalam sidang media di Parlimen hari ini, Wan Saiful mendakwa BN pernah mengeluarkan satu buku kempen pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15 yang antara lain mengandungi perincian maklumat berkenaan.

Justeru katanya, pihaknya khususnya pemimpin Perikatan Nasional (PN) telah merujuk maklumat dan perincian bercetak dalam buku didakwa diterbitkan BN itu bagi merujuk kepada isu yang membabitkan Guan Eng ketika ini.

"Ini bukan isu ditimbulkan PN semata-mata dan asal usulnya adalah di sini (buku bahan kempen BN). Sekiranya ada apa-apa tindakan mahu diambil, saya gesa juga tindakan undang-undang kepada mereka yang mencetak dan mengedar buku ini.

"Saya tunggu Guan Eng ambil tindakan undang-undang terhadap BN, sebab buku ini atas nama BN. Bila tindakan undang-undang akan diambil kepada BN, sekiranya benar DAP nak bersihkan namanya," katanya.

Pada sidang media itu, Wan Saiful turut menunjukkan beberapa naskah buku kempen yang didakwa milik BN itu.

Mengulas lanjut, Wan Saiful berkata, Guan Eng tidak seharusnya mengambil tindakan undang-undang terpilih hanya kepada lawannya, jika ada dakwaan serupa turut pernah dibuat sekutu mereka.

"Jangan ambil undang-undang terpilih, walaupun kita tahu ini kerajaan terpilih. Kita nak tengok DAP parti yang memilih atau mereka benar-benar serius dalam nak menafikan kaitan, (menerusi) tindakan mereka dengan cara mereka mengambil tindakan undang-undang atau mendesak BN minta maaf kepada DAP," katanya.

Dalam rakaman video berdurasi 46 minit 51 saat, Ahli Parlimen Kepala Batas, Siti Mastura Muhammad pada majlis ceramah politik di Kemaman, Terengganu, baru-baru ini, didakwa mengaitkan pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang yang juga bapa Guan Eng sebagai sepupu Chin Peng.

Susulan itu pada Jumaat lalu, Guan Eng memaklumkan beliau melalui peguamnya sudah memulakan tindakan undang-undang terhadap Siti Mastura selepas tempoh 48 jam yang diberikan kepada pemimpin wanita PAS itu membuktikan dakwaannya tamat sehari sebelumnya.

Beliau berkata, tindakan itu dilakukan kerana Siti Mastura didakwa menimbulkan ketakutan terhadap DAP dan orang Cina sekali gus membabitkan unsur perkauman dan ekstremis.

Kelmarin, Siti Mastura menyerahkan bahan rujukan dalam ucapannya yang mengaitkan Guan Eng itu kepada polis ketika hadir memberi keterangan di Bukit Aman.
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2023 03:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Wow...
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2023 04:03 PM | Show all posts
Baru tahu ternyata ada kabar bahwa  presiden china sekarang Xi Jin Ping .. lahir dan besar di Penang (Malaysia)  sebelum balik dan pndah ke China ... Hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2023 04:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tripleid at 16-11-2023 04:50 PM

Buku ni adalah antara bukti dah berpuluh tahun Dap jadi mangsa fitnah jahat oleh pemimpin2 melayu tk kira umno ke pas smpai ramai melayu jadi anti dap.



Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-11-2023 04:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tripleid at 16-11-2023 04:49 PM
EJALTI replied at 16-11-2023 03:54 PM
DAP dicabar ambil tindakan terhadap BN dakwaan kaitkan dengan Chin Peng

https://www.hmetro.com.my/m ...


Selama ni fitnah tu skadar tertulis dlm buku tu je utk bacaan totok2 umno..takde siapa pun yg berani gatal gi sebarkan kat ceramah umum mcm si mastura ni buat sbb semua pun tau benda tu mmg tak betul..eh ckp byk pon x guno.menjawab la ko kat court!





This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2023 04:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Mananya muka surat yang kata dap bersaudara tu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2023 04:34 PM | Show all posts
ahaah this is lawak
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2023 04:37 PM | Show all posts
jahat betul parti2 melayu terhadap DAP ni.. semoga allah balas kejahatan mereka semua...
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2023 04:39 PM | Show all posts
tripleid replied at 16-11-2023 04:14 PM
Buku ni adalah bukti dah berpuluh tahun Dap jadi mangsa fitnah jahat oleh pemimpin2 melayu tk kira u ...

memang pun...semua pegawai tinggi kerajaan ada buku ni...kalau tak mcm mana level laksamana utama pun terpedaya sekali

Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2023 06:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Ini rupanya tujuan dia... nak dap saman bn...
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2023 09:02 PM | Show all posts
nikaido replied at 16-11-2023 03:50 PM
Buku tu nama penulis pun takde

Kalau buku nama penulis pun tak de, bolehlah dianggap sbg buku yg membawa fitnah.  So, adakah wajar Siti Mastura, seorang lulusan Phd, merujuk kpd buku trs, kemudian mengungkit2 kembali tuduhan fitnah keluarga tokoh2 yg disebutkan sbg keturunan kominis.?  Cara dia menyampaikan keterangan susur galur dn salah silah LKS-LGE, LKY dgn Chin Peng berdarah kominis, begitu yakin malah mengajak pendegar melihat carta yg digambarkan.  Mana si SM ni tau depa semua tu sepupu. Ada buat RnD ke.

Mereka yg disebut2kan nama mereka memang patut saman dia kaw-kaw, kalau tak pun atas nama partai DAP, tapi atas kapasiti peribadi, menuduh dn mencemarkan nama baik seseorang.

Parti PAS pun tak payah lah cuba berselindung disebalik cabaran menuntut DAP menyaman BN keterkaitan dakwaan yg sama.
Itu masalah BN dgn DAP.  Yg dibahaskan saat ini ialah fitnah yg diulangcakap oleh wakil PAS.  Kalau pun DAP tak saman BN, adakah PAS juga beranggapan bahawa PAS berhak melaung2kan fitnah trs dn tak boleh disaman?. Is that what PAS is good for? RASIS!   
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2023 09:49 PM From the mobile phone | Show all posts
nolya replied at 16-11-2023 09:02 PM
Kalau buku nama penulis pun tak de, bolehlah dianggap sbg buku yg membawa fitnah.  So, adakah waja ...

Klu LKS & LGE nak saman BN pun, mcm mana la depa nak buktikan kata buku tu ditulis BN? Nama penulis & penerbit pun tak dak. Setakat tulis buku Bahan Kempen BN, sapa2 pun boleh buat.

Selamat membayar la Mastura oiii. Doa2 la org lain yg turut disebut dlm ucapan hg tak saman jugak, especially kerajaan Singapore.
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2023 12:28 AM | Show all posts

Lawak ke?  Tapi sebenarnya dia bodoh/stupid dn memalukan.  Seorang wanita Islam,  berkelulusan PhD tapi merujuk kpd satu risalah yg tidak dpt diperjuangjwbkan,  semata2 untuk menabur fitnah. Dia menyampaikan ucapan secara slow, perkataannya satu persatu, berkali2 tanya "sape, sape".  Dia yg bertanya, dia juga yg menjawab.  Actually she is trying to capture the attention of her isterners, listerners akan fokus mencari jawapan 'sape, sape' yg ditanyakan.  Dia mengajak  pendengar2nya fokus dan yakin ttng fitnah yg disampaikan, iaitu LKS, LGE dn mendiang LKY , Preside Rep. S'pore adalah sepupu.  
Her ceramah was indeed disgusting.  Akhlak ko kat mana wahai SM.
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2023 07:01 AM From the mobile phone | Show all posts
nolya replied at 17-11-2023 12:28 AM
Lawak ke?  Tapi sebenarnya dia bodoh/stupid dn memalukan.  Seorang wanita Islam,  berkelulusan PhD ...

Setazah tu mmg dh tau dah lawak dr dlu ????
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2023 08:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Ini shahril hamdan kena jwb ni. Dia ketua penerangan umno masa ni. Wak Zahid pun kena jawab
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2023 08:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Clan204 replied at 16-11-2023 04:37 PM
jahat betul parti2 melayu terhadap DAP ni.. semoga allah balas kejahatan mereka semua...

Parti melayu yg jahat tu skrg dah 1 kapal dgn dap. So sapa yg bodo skrg?
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2023 08:18 AM | Show all posts
nusaraya replied at 16-11-2023 04:03 PM
Baru tahu ternyata ada kabar bahwa  presiden china sekarang Xi Jin Ping .. lahir dan besar di Penang ...

Adakah kabar itu yg benar/soheh atau hoak?
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2023 08:21 AM | Show all posts
mojarean_X replied at 17-11-2023 08:04 AM
Ini shahril hamdan kena jwb ni. Dia ketua penerangan umno masa ni. Wak Zahid pun kena jawab

Yg ditanya kpd orang lain (PAS), kok orang lai pulak (UMNO) yg kena jwab?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
di Malaysia menyeronokkan , jiran semuanya baik namun selepas 35 tahun wanita  Rohingya, Amirah Anisah Samad yang dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia tekad berhijrah ke AS untuk kehidupan lebih baik
YgBenardi Malaysia menyeronokkan , jiran semuan
Views : 8169 Replies : 83
MONEY HEIST [LACASA DE PAPEL]
royaldanishMONEY HEIST [LACASA DE PAPEL]
Views : 78368 Replies : 199
BROOKLYN 99
anony-mousBROOKLYN 99
Views : 5817 Replies : 20
ONLY MURDERS IN THE BUILDING
PrickfordONLY MURDERS IN THE BUILDING
Views : 6698 Replies : 27
STRANGER THINGS SEASON 2
farleoSTRANGER THINGS SEASON 2
Views : 29981 Replies : 48
GOOD GIRLS (NETFLIX)
adila39GOOD GIRLS (NETFLIX)
Views : 9921 Replies : 18
Sambal Village Park
delima.HSambal Village Park
Views : 1882 Replies : 13
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 193094 Replies : 4473
Sambal village grocer
redr0seSambal village grocer
Views : 2002 Replies : 5
Sambal Garing Bilis Tempe.. sedap dan terangkat!
bang_nsrSambal Garing Bilis Tempe.. sedap dan te
Views : 4975 Replies : 16

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 01:21 AM GMT+8 , Processed in 0.100870 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list