CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 751|Reply: 0

[Perak] Koperal tidak mengaku salah pukul isteri

[Copy link]
Post time 23-11-2023 01:34 PM | Show all posts |Read mode

MOHD Zulhazree (kiri) mengaku tidak bersalah ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh atas dakwaan memukul isterinya, Mei lalu. FOTO L. Manimaran

Ipoh: Anggota polis berpangkat Koperal mengaku tidak bersalah ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, atas dakwaan memukul isterinya, Mei lalu.

Tertuduh, Mohd Zulhazree Razali, 39, yang bertugas di Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (BPJKK), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh membuat pengakuan tidak bersalah itu sejurus pertuduhan dibaca di hadapan Majistret S Punitha.

Berdasarkan pertuduhan, lelaki itu didakwa sengaja mendatangkan kecederaan terhadap Nur Atirah Suhana Che Razak, 29, yang merupakan isteri tertuduh dengan menendang, menampar dan memukul menggunakan bakul.

Perbuatan itu dilakukan di sebuah rumah di Persiaran Hulu Bercham 8, Bandar Baru Putra, di sini, kira-kira jam 7 pagi, 9 Mei lalu.



Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan dibacakan bersama Seksyen 326A kanun sama, sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000, atau kedua-duanya sekali.

Pertuduhan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Vatchira Wong Rui Fern manakala tertuduh diwakili peguam, Ahmad Syahmi Amran.

Pihak pendakwaan menawarkan jaminan RM5,000 namun Ahmad Syahmi merayu ia diringankan kepada RM2,000 memandangkan tertuduh menanggung empat anak masih bersekolah berusia lima hingga 10 tahun.

Vatchira Wong turut memohon tertuduh dikenakan syarat tambahan iaitu tidak mengganggu mangsa sehingga kes selesai.

Mahkamah membenarkan tertuduh dijamin RM2,500 dengan seorang penjamin dan membenarkan permohonan tertuduh tidak mengganggu mangsa, selain menetapkan 30 Januari depan untuk sebutan semula kes.

Tertuduh membayar wang jaminan.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -salah-pukul-isteri
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 09:38 PM GMT+8 , Processed in 0.079616 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list