CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1035|Reply: 0

[Dunia] Lelaki selamba buang air kecil dalam gerabak komuter

[Copy link]
Post time 27-11-2023 07:12 AM | Show all posts |Read mode
Lelaki selamba buang air kecil dalam gerabak komuter



SEORANG lelaki membuang air kecil di dalam gerabak komuter di Hong Kong baru-baru ini. - Foto AFP


HONG KONG – Seorang penumpang lelaki dirakam sedang membuang air kecil di dalam sebuah gerabak komuter Perkhidmatan Transit Massa (MTR) di Hong Kong baru-baru ini, lapor laman berita dimsumdaily.hk semalam.

Rakaman yang dimuat naik oleh seorang netizen serta berdurasi 1 minit dan 16 saat itu mendedahkan perbuatan biadab lelaki tersebut yang membuang air kecil tanpa menghiraukan persekitarannya.

Lelaki itu dilihat membuka zip seluar dengan tangan kanannya lalu membuang air kecil di lantai gerabak tersebut. Setelah selesai, dia kelihatan berhati-hati untuk tidak memijak air kencing dan membetulkan seluarnya.

Ketika kejadian, dua penumpang wanita duduk berdekatan dengannya tetapi mereka khusyuk menggunakan telefon bimbit seolah-olah tidak sedar akan tindakan jijik lelaki berkenaan.

Meskipun video itu tidak memberikan tarikh sebenar kejadian tersebut tetapi perbuatan lelaki berkenaan berpotensi melanggar Undang-Undang Kecil MTR.

Ramai netizen meluahkan kemarahan mereka dalam komen dengan mengkritik lelaki tersebut disebabkan sikapnya yang tidak sopan, berkelakuan tidak bersih dan menimbulkan kesulitan  kepada penumpang lain di dalam kereta api. – AGENSI

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/11 ... am-gerabak-komuter/

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-6-2024 03:04 PM GMT+8 , Processed in 0.055741 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list