CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 972|Reply: 11

[Tempatan] Bekas timbalan ketua menteri Pulau Pinang, P Ramasamy, tubuh parti baru orang India i.e. Parti Bersepakat Hak Rakyat Malaysia (Urimai)

[Copy link]
Post time 27-11-2023 11:36 AM | Show all posts |Read mode
Ramasamy tubuh parti baru orang India - 'Urimai'

https://www.malaysiakini.com/news/688012

B Nantha Kumar
Diterbitkan:  Nov 27, 2023 9:09 AM⋅
Dikemaskini: 9:17 AM



Bekas timbalan ketua menteri Pulau Pinang P Ramasamy hari ini mengumumkan penubuhan parti baru iaitu Parti Bersepakat Hak Rakyat Malaysia (Urimai) .

Bekas pemimpin DAP itu berkata dia mengambil keputusan tersebut selepas hilang kepercayaan dengan konsep parti politik berbilang kaum.

"Parti politik berbilang kaum yang ada sekarang tidak mewakili kaum India. Sebagai contoh DAP dan PKR adalah berbilang kaum yang memiliki anggota kaum India yang ramai.

"Tapi, apa keadaan ahli India dalam parti-parti ini? Mereka (pemimpin India) tidak boleh bersuara. Perlu mematuhi arahan pucuk pimpinan. Pucuk pimpinan parti lebih fokus kepada kaum masing-masing.



"Jika, ada pemimpin India yang bersuara, maka mereka akan dipinggirkan atau dipecat daripada parti.

"Maka, saya percaya kaum India di Malaysia tidak boleh mengharapkan parti-parti berbilang kaum seperti DAP dan PKR," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur.

Urimai dalam bahasa Tamil bermaksud hak.

Terdahulu, bekas ahli parlimen Batu Kawan itu berkata demikian pada majlis pelancaran 'Urimai' yang bertema 'daya politik masyarakat yang tidak bersuara' dihadiri lebih 400 orang.



Turut hadir, timbalan pengerusi PSM S Arutchelvan, bekas ahli parlimen Padang Serai N Gopalakrishnan, bekas Adun Bagan Dalam Satees Muniandy, bekas Adun Sabai D Kamachee dan Presiden NGO Malaysia Tamilar Kural, David Marshel.

Terdahulu, David yang juga ahli jawatankuasa interim parti itu berkata permohonan telah dibuat dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).

"Kita telah membuat permohonan untuk kelulusan. Sehingga mendapatkan kelulusan, parti ini akan bertindak sebagai satu gerakan.

"Kami akan ke seluruh negara untuk berjumpa masyarakat India untuk memberikan kesedaran politik.

"Parti ini terbuka kepada semua pihak termasuk bukan India. Kita akan berjuang hak semua rakyat negara ini khususnya kaum India," katanya.

Sementara itu, Satees memberitahu kerajaan hari ini supaya tidak mengambil mudah sokongan pengundi kaum India kepada kerajaan pusat.

"Kita ada Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang sering menyentuh 'Thirukkural' (karya tokoh kesusasteraan India Thiruvalluvar) dalam ucapan.



"Tapi, dia tidak mengambil sebarang tindakan atau memberikan arahan apabila gambar 'Thiruvalluvar' tidak dibenarkan dalam karvinal Bahasa Tamil di Kepala Batas, baru-baru ini," dakwanya.

"Lebih kecewa, tidak ada pemimpin dari kalangan PH berani bersuara isu ini.

"Saya nak ungkap Thirukuran kepada kerajaan hari ini bahawa "Idipparai illatha emara mannan kedupparay illathu kedum" yang membawa maksud "pemerintah yang tidak dikritik atau ditegur akan membinasakan sendiri negara walaupun tidak ada musuh yang merosakkannya".

"Ini yang berlaku dalam kerajaan hari ini," dakwanya lagi.

Urimai sedia kerjasama sesiapa saja

Sementara itu, Ramasamy berkata parti baru itu tidak semestinya bertindak sebagai 'kuasa ketiga'.

"Kita sedia bekerjasama dengan sesiapa sahaja asalkan tuntutan kita khususnya untuk kaum India dipersetujui.

"Hasrat dan matlamat parti ini satu sahaja, menjaga hak rakyat Malaysia khususnya masyarakat India yang dipinggirkan," katanya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2023 11:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Join PN lah tu. Parti komponen PN utk orang india
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2023 11:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Sape penaja?

Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2023 11:50 AM | Show all posts
mmg standard org politik dah tua2 nak mampus klu kecewa nak tubuh parti baharu ke?
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2023 12:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Kami Melayu liberal tetap akan bersama DAP dan perjuangan sama rata mereka hingga hujung nyawa-Liberal
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2023 12:43 PM | Show all posts
ada duit tak? kalau tak ada nak sakau kat mana duit politik?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-11-2023 12:55 PM | Show all posts
Parti ni nk bertanding kt mana....
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2023 03:04 PM | Show all posts
Kan dah ada MIC. PPP pun mostly indian. boleh jer bersuara.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2023 03:17 PM | Show all posts
dia baru tahu ke hahahaha,konon berbilang kaum padahal hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2023 03:47 PM From the mobile phone | Show all posts
nk jawatan je tuuu..mcm oang tatau trik taik politik sme ni

ko jadi presiden!!

parti ko join mna yg kuatttt..ko jadi calon..klo menang 1 kosi ko tu jek kompem ada jawatan?

klo kalahh? haiiii bnykkk jawatan GLC dan mcm mcm keje gomen ko bleh dapat

yg penting ko yg dapat sb ko ketua parti ko presiden

tak caya tanya mca mic dan sme yg jilat kerajaan perpaduan..esp tanya mat sabon..2 kali menteri penuh..sb presiden Amanah..ce masih dok Pas...bawak sepandok je laaa al padil al padil ceramah berbuihhhh molot capui dia tu..ler ni? dapat dato lagi..hanya sebab dia PRESIDEN parti dia

ko dok dlm parti lama spai mampus tadak apa..ko kuo n buat parti baru jadi ketua..sme ko dapat

azmin tu sat lai PRESIDEN Bersatu ler tu
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2023 03:53 PM | Show all posts
parti teroris tamil ni
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2023 05:49 PM From the mobile phone | Show all posts
venom1 replied at 27-11-2023 12:43 PM
ada duit tak? kalau tak ada nak sakau kat mana duit politik?

adala tu..aritu kutip derma bayar saman jap jer dh dapat.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-6-2024 03:30 PM GMT+8 , Processed in 0.215964 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list