CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 735|Reply: 0

[Melaka] Melaka antara negeri terbesar pengeluar ayam, tak perlu import - Exco

[Copy link]
Post time 27-11-2023 02:45 PM | Show all posts |Read mode

Persidangan Ketiga (Bajet), Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Melaka Yang Ke-15 berlangsung di Kompleks Seri Negeri dekat Ayer Keroh hari ini. FOTO BERNAMA

Melaka: Melaka antara negeri terbesar pengeluar ayam justeru tiada keperluan untuk mengimport bahan mentah itu dari luar bagi memastikan bekalan mencukupi.

Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Allex Seah Choo Chin berkata, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bersama kementerian terbabit sentiasa mengadakan libat urus bersama pihak berkepentingan bagi memastikan bekalan ayam cukup dalam pasaran.

"Selain itu, kerajaan juga menyediakan insentif pembiayaan dana pusingan kepada penternak kecil dan sederhana serta Skim Mikro Kredit untuk bantuan modal pusingan kepada penternak komuniti serta program transformasi reban ayam terbuka kepada tertutup, supaya bekalan ayam sentiasa mencukupi," katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka di Seri Negeri di sini, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan dikemukakan Dr Mohd Aleef Yusof (PN-Sungai Udang) mengenai jumlah import dan pengeluaran bekalan ayam di negeri itu.


Allex (PH-Kesidang) berkata, KPDN negeri juga akan terus menguatkuasakan undang-undang di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011 bagi memastikan tiada aktiviti menyorokkan barangan kawalan harga.

"Kerajaan negeri akan memastikan penguatkuasaan ini sentiasa dilaksanakan bagi memastikan peniaga, pengeluar, pemborong dan peruncit tidak mengambil kesempatan menyorok bekalan barang kawalan serta menaikkan harga yang tidak munasabah.

"Justeru, kita akan memastikan pengguna menikmati harga ayam berpatutan menerusi program-program jualan yang dilaksanakan kerajaan sepanjang masa sekali gus menangani isu bekalan ayam," katanya.

Terdahulu, menjawab soalan asal dikemukakan Dr Mohd Aleef yang mahu tahu apakah usaha dibuat kerajaan negeri bagi memastikan rakyat terus menikmati bahan mentah itu, Alleh berkata, kerajaan Persekutuan akan memastikan harga ayam diapungkan sentiasa berada pada harga munasabah.

"Kerajaan Persekutuan juga akan meluaskan akses kepada bekalan ayam menerusi Jualan Agro Madani, Jualan Rahmah Bergerak, Jualan Madani Koperasi dan lain-lain inisiatif secara berterusan di seluruh negara termasuk di Melaka bagi memberi keterjaminan kepada rakyat untuk dapatkan ayam mengikut harga siling semasa," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... k-perlu-import-exco
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2024 03:34 AM GMT+8 , Processed in 0.054421 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list