CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1356|Reply: 0

[Tempatan] Untung bersih RHB Bank susut 6.5% kepada RM649.94j

[Copy link]
Post time 27-11-2023 08:25 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR, – Keuntungan bersih RHB Bank Bhd (RHB) bagi suku ketiga berakhir 30 September, 2023 turun 6.5 peratus kepada RM649.94 juta daripada RM695.40 juta pada suku yang sama tahun lalu, kebanyakannya disebabkan oleh pendapatan berasaskan dana bersih yang lebih rendah.

Bagaimanapun, hasil meningkat kepada RM4.21 bilion berbanding RM3.44 bilion sebelumnya, kata RHB dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.


Bagi tempoh sembilan bulan terkumpul, RHB berkata, keuntungan bersihnya mencatatkan peningkatan sebanyak 16.4 peratus tahun ke tahun pada RM2.22 bilion berbanding RM1.90 bilion disebabkan oleh pendapatan bukan berasaskan dana lebih tinggi dan jangkaan kerugian kredit (ECL) yang lebih rendah.

ECL menyusut sebanyak 81.4 peratus kepada RM71.4 juta susulan penghapusan balik tindanan pengurusan.

Sementara itu, hasil melonjak kepada RM12.18 bilion daripada RM9.20 bilion untuk tempoh yang sama pada 2022 manakala jumlah pendapatan adalah sebanyak RM5.75 bilion daripada pendapatan bukan berasaskan dana yang lebih tinggi.

Perbelanjaan mengurus meningkat 3.3 peratus kepada RM2.71 bilion daripada kos kakitangan yang lebih tinggi, disebabkan terutamanya oleh pelarasan perjanjian kolektif, dan kos penubuhan dan pemasaran yang lebih tinggi.

ADVERTISEMENT


Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan RHB Banking Mohd Rashid Mohamad berkata ia akan kekal berhati-hati kerana risiko daripada faktor luaran termasuk perkembangan terkini dalam ketegangan geopolitik serta cabaran dalam pasaran tertentu di lokasi bank itu beroperasi, mungkin menjejaskan pertumbuhan.

“RHB akan menyemak semula komitmen perkhidmatan kewangan mampan untuk memastikan ia terus berkembang dan memaksimumkan impak dalam menyokong pelanggan kami dalam perjalanan kemampanan mereka.

“Program Tindakan Iklim Kumpulan RHB sedang berjalan dengan baik dan kami berada di landasan yang betul untuk mencapai pelepasan karbon sifar bersih menjelang tahun 2050,” katanya.

Mohd Rashid berkata kumpulan itu akan terus kekal fokus dalam melaksanakan fasa akhir strategi korporat – “Together We Progress 2024”, memfokuskan pada pertumbuhan kualiti, kecemerlangan perkhidmatan dan kecekapan yang dipertingkatkan. – BERNAMA

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-6-2024 03:28 PM GMT+8 , Processed in 0.236855 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list