CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4881|Reply: 50

[Tempatan] Aman Palestin beri tempoh 3 hari SPRM nyahbeku akaun

  [Copy link]
Post time 28-11-2023 07:55 AM | Show all posts |Read mode
Aman Palestin beri tempoh 3 hari SPRM nyahbeku akaun




KUALA LUMPUR: Aman Palestin Berhad (Aman Palestin) memberi tempoh tiga hari kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyahbekukan akaunnya yang dibekukan sejak minggu lalu.

Peguam mewakili Aman Palestin, Muhammad Rafique Rashid Ali, berkata sekiranya agensi penguat kuasa itu gagal berbuat demikian, tindakan undang-undang akan diambil.

"Aman Palestin telah mengutus surat kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM serta Pengarah Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA) SPRM, hari ini, memberi notis bawah Seksyen 44A Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFAPUAA) 2001 untuk perintah pembekuan ini dibatalkan dan atau diubah," katanya pada sidang media, di sini, malam ini.

Muhammad Rafique berkata, Aman Palestin juga menggesa Ahli Parlimen sama ada kerajaan mahupun pembangkang, supaya membangkitkan isu itu di Dewan Rakyat.


"Isu derma dan bantuan kepada Palestin adalah isu sejagat. Kerajaan mesti menjelaskan mengapa agensi penguat kuasa bawah kerajaan mengambil tindakan membekukan akaun bagi aktiviti-aktiviti kemanusiaan," katanya.

Beliau berkata, terdapat kandungan dalam kenyataan media SPRM bertarikh 23 November lalu, didakwa adalah komplot terancang dan propaganda jahat untuk membunuh karakter Aman Palestin serta ahli Lembaga Pengarahnya.

"Aman Palestin dan ahli-ahli Lembaga Pengarahnya kini disiasat oleh SPRM. Kali pertama SPRM hadir ke premis berdaftar Aman Palestin ialah pada 17 Oktober lalu, dan tiada serbuan atau tangkapan dibuat ketika itu," katanya.

Beliau mendakwa, penggeledahan dan pembekuan akaun hanya berlaku sehari selepas kenyataan SPRM dikeluarkan pada 23 November lalu.

"Kerjasama baik diberikan oleh Aman Palestin mulai tarikh 17 Oktober hingga sekarang. Semua dokumen yang diminta juga diserahkan salinan masing-masing.

"Hingga kini, Aman Palestin telah mengeluarkan kos membuat salinan dokumen-dokumen berkenaan sebanyak hampir RM12,000," katanya.

Setakat ini, Muhammad Rafique berkata, Ketua Pegawai Eksekutif, Awang Sufian Awang Piut, serta lima ahli Lembaga Pengarah Aman Palestin dan tiga pekerja telah dipanggil ke pejabat SPRM di Putrajaya.

Aman Palestin juga mengesahkan 41 akaun sudah dibekukan oleh SPRM dalam siasatan berkaitan mengikut peruntukan AMLATFAPUAA 2001.

Bagaimanapun, Muhammad Rafique menjelaskan, bukan kesemua 41 akaun itu adalah milik Aman Palestin, sebaliknya termasuk milik rakan strategik Aman Palestin dan akaun-akaun ahli Lembaga Pengarah serta kakitangan.

Beliau menegaskan, SPRM perlu menjawab semua persoalan, termasuk mengapa akaun kutipan dana untuk bantuan kemanusiaan dibekukan.

"Mengapakah tindakan itu diambil hanya sehari selepas Aman Palestin mengumumkan penyaluran wang untuk Kempen Bantuan Musim Sejuk dan ketika gencatan senjata diisytiharkan?

"Bagaimana wang derma, sumbangan rakyat dan individu-individu dikategorikan sebagai hasil aktiviti haram?" katanya.

Muhammad Rafique berkata, rakyat Palestin sedang menanti bantuan kemanusiaan, termasuk daripada masyarakat Malaysia menerusi Aman Palestin.

Sepanjang tempoh 18 tahun bergiat dalam bidang kemanusiaan, beliau berkata, Aman Palestin berjaya mengharumkan Malaysia di mata dunia, malah mendapat pengiktirafan dan penghargaan daripada rakyat Palestin.

Dalam pada itu, Aman Palestin turut menafikan jongkong emas yang dirampas SPRM, mempunyai kaitan dengan penyelewengan.

Sebaliknya, Muhammad Rafique mendakwa, jongkong emas terbabit adalah suatu bentuk pelaburan dan ia dibenarkan berdasarkan kuasa diberikan ahli Lembaga Pengarah Aman Palestin.

Beliau berkata, terdapat sejumlah kuasa diberikan kepada ahli Lembaga Pengarah Aman Palestin, dan kuasa untuk melabur ada dalam pelbagai mekanisme.

"Ia tidak salah. Lagipun, emas itu bernilai dan berharga serta mudah ditukarkan kepada tunai sebelum dihantar kepada mereka yang memerlukan bantuan," katanya sambil menambah dakwaan berkait penyelewengan itu disifatkan sebagai tidak betul, tidak berintegriti dan berniat jahat.

Aman Palestin turut mendakwa sentiasa melakukan pengauditan dengan dokumennya boleh dilihat dalam laman sesawang Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).


Rafique (tengah) pada sidang media, malam ini. - NSTP/SURAYA ALI


Sumber:https://www.bharian.com.my/berit ... sprm-nyahbeku-akaun


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2023 09:32 AM | Show all posts
Sebaliknya, Muhammad Rafique mendakwa, jongkong emas terbabit adalah suatu bentuk pelaburan dan ia dibenarkan berdasarkan kuasa diberikan ahli Lembaga Pengarah Aman Palestin.

Beliau berkata, terdapat sejumlah kuasa diberikan kepada ahli Lembaga Pengarah Aman Palestin, dan kuasa untuk melabur ada dalam pelbagai mekanisme.

"Ia tidak salah. Lagipun, emas itu bernilai dan berharga serta mudah ditukarkan kepada tunai sebelum dihantar kepada mereka yang memerlukan bantuan," katanya sambil menambah dakwaan berkait penyelewengan itu disifatkan sebagai tidak betul, tidak berintegriti dan berniat jahat.



dah macam lobai2 ajk mesjid
yang suka labur duit orang macam duit dia sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2023 09:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Kena semak balik M&A Aman Palestin ni. Bwrapa banyak boleh labur dan berapa besar board boleh limit untuk luluskan pelaburan. Pelaburan pulak dalam sektor mana. Suka suki je kang dia buat semua benda macam duit apak dia
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2023 10:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak, duit yang korang guna untuk beli emas tu, duit ahli lembaga2 pengarah korang, atau duit penderma? Kalau duit penderma, memang pecah amanah ka kau, sebab para penderma dah amanah kat kau sampaikan derma mereka, bukah suruh melabur emas
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2023 10:48 AM | Show all posts
"Sepanjang tempoh 18 tahun bergiat dalam bidang kemanusiaan, beliau berkata, Aman Palestin berjaya mengharumkan Malaysia di mata dunia, malah mendapat pengiktirafan dan penghargaan daripada rakyat Palestin"


konpius nya aku dengan ayat  ni, dpt pengiktirafan RAKYAT palestin = malaysia wangi di mata dunia????? da fuck, both palestine dan yisroel pon bukan semua negara dunia iktiraf, kalau dah iktirap 1, the other one tak di iktirap ponggg... pebenda penunggang dana awan mencarut ni
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2023 10:52 AM | Show all posts
Boleh pula dia ugut SPRM?

amboi 3x
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-11-2023 10:56 AM | Show all posts
jangan main2 duit amanah orang utk rakyat palestin. kalau akulah, paling takut terpakai duit orang. takut kena soal akhirat nanti. berani diorang ni berlagak mcm duit sendiri..
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2023 11:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Wajah2 manusia yg makan duit anak yatim.. boleh pulak main ugut2..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2023 11:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Wauu dia plak ugut es pi ar em
Pastu apa jd? Besar benar kuasa dia ya
Malah dia suh gomen masuk campur gak
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2023 11:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah akaun kena beku pakat menggelupar la duit takde
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2023 11:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni la muka2 pemakan duit haram ya? Muka kusam kertu kepam takda nur masing2.
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2023 11:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Sorry la ye i memang tak percaya dengan aman palestin ni, berapa juta iklan dia kat fb dengan ig tu
Pastu selalu guna muka artis... Mesti ada bayaran jugak sponsor2 artis
Entah berapa sen yang betul2 dapat kat palestin
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2023 11:29 AM | Show all posts
nono86 replied at 28-11-2023 10:46 AM
Tak, duit yang korang guna untuk beli emas tu, duit ahli lembaga2 pengarah korang, atau duit penderm ...

duit penderma laaa.tapi ahli lembaga pengarah ada kuasa mak nenek dia katanyehhh....

Sebaliknya, Muhammad Rafique mendakwa, jongkong emas terbabit adalah suatu bentuk pelaburan dan ia dibenarkan berdasarkan kuasa diberikan ahli Lembaga Pengarah Aman Palestin.


Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2023 11:30 AM | Show all posts
sib baik tak pnh derma kat Aman nie...
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2023 11:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Siap boleh ugut sprm..nmpk sgt desperado nk guna duit tu nk tampung mcm2 aktiviti dan expenses org2 dlm tu...
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2023 11:50 AM | Show all posts
tak pernah derma semua penipu je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2023 12:07 PM | Show all posts
minta SPRM cepatkan siasatan
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2023 12:10 PM | Show all posts
eh mmg normal ke duit derma boleh guna beli jongkong emas/ or invest ke benda lain? 1st time tau  ni. bukan duit derma tu sepatutnya fully utilize utk disalurkan kepada yg memerlukan? ada clause mana2 ke cakap boleh guna untuk invest?
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2023 12:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedap nya lahabau lahabau ni hidup kaya raya dgn duit derma. Orang derma kau bantai buat modal melabur. Hotak kauuu
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2023 12:51 PM | Show all posts
honam replied at 28-11-2023 12:07 PM
minta SPRM cepatkan siasatan

takyah.
minta SPRM go slow.

biar lagi menggelupur beruk2 oportunis ni semua
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-6-2024 10:43 AM GMT+8 , Processed in 0.081459 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list