CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11245|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Lelaki maut terjatuh landasan LRT

[Copy link]
Post time 2-12-2023 01:13 PM | Show all posts |Read mode

Anggota bomba sedang mengeluarkan mangsa yang maut terjatuh di landasan di stesen transit aliran ringan (LRT) Dato Keramat, Kuala Lumpur, malam tadi.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki ditemui maut selepas kedua-dua kakinya digilis tren ekoran terjatuh di landasan di stesen transit aliran ringan (LRT) Dato Keramat, di sini, malam tadi.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur dalam kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pukul 9.05 malam tadi.

Jelasnya, seramai lapan anggota bersama dua jentera keluaran Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keramat dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian, kami dimaklumkan terdapat seorang lelaki berusia 27 tahun terjatuh di landasan LRT berkenaan.

“Kejadian itu menyebabkan kedua-dua kaki mangsa digilis tren dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Tambah kenyataan itu, tindakan operasi dilakukan dengan mendapatkan bantuan daripada pihak teknikal LRT terbabit bagi menggerakkan tren ke bahagian belakang.

“Ia bagi memudahkan anggota bomba mengeluarkan mangsa dari landasan LRT. Mayat mangsa berjaya dibawa ke platform LRT beberapa minit kemudian.

“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Dalam perkembangan berasingan itu, Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) memaklumkan terdapat beberapa lalauan LRT menghadapi gangguan susulan kejadian itu khusus LRT laluan Kelana Jaya, malam tadi.

“Kerja baik pulih gangguan teknikal di Stesen Dato Keramat telah selesaikan dijalankan.

“Perkhidmatan tren alternatif dan bas perantara percuma ditamatkan. Jadual perjalanan telah diselaraskan dan perkhidmatan tren beroperasi seperti biasa.

“Kami memohon maaf atas kesulitan. Terima kasih atas kesabaran anda,” katanya.-KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/12 ... jatuh-landasan-lrt/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-6-2024 03:04 AM GMT+8 , Processed in 0.048119 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list