CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4554|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Tiada bukti lonjakan penyakit penafasan untuk penggera antarabangsa

[Copy link]
Post time 6-12-2023 12:08 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP

Kuala Lumpur: Tiada bukti kemunculan patogen luar biasa yang mengakibatkan lonjakan penyakit berkaitan penafasan untuk penggera antarabangsa dibunyikan bagi memberi amaran kepada masyarakat global termasuk di Malaysia.

Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Dr Azizan Abdul Aziz berkata, lonjakan kes penyakit pernafasan yang berlaku di banyak negara ketika ini berikutan sekatan Covid-19 dilonggarkan dan situasi ini turut berlaku di China.

Menurutnya, lonjakan kes di China adalah berkaitan jangkitan bakteria biasa yang kebiasaannya memberi kesan kepada kelompok lebih muda seperti kanak-kanak.

"Perlu diingatkan lonjakan kes penyakit pernafasan dilihat di banyak negara adalah selepas sekatan Covid-19 dilonggarkan dan turut dijangka berlaku di China. China menarik balik sekatan ketat Covid-19 pada Disember tahun lalu.



"Pakar percaya lonjakan kes penyakit pernafasan di China dikaitkan dengan pemansuhan sekatan serta patogen yang beredar seperti rhinovirus, adenovirus, influenza, respiratory syncytial virus (RSV) dan mycoplasma pneumoniae. Ia adalah jangkitan bakteria biasa yang biasa memberi kesan kepada kanak-kanak.

"Pihak berkuasa kesihatan juga tidak mengesan sebarang patogen novel yang luar biasa, malah laporan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) menyatakan doktor dan penyelidik kesihatan awam juga mengatakan tiada bukti untuk penggera antarabangsa pada masa ini," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Bagaimanapun, Dr Azizan berkata, MMA juga percaya Kementerian Kesihatan (KKM) ketika ini sedang memerhati perkembangan serta menjalankan pengawasan berhubung peningkatan penyakit penfasan itu.

"China juga sedang meningkatkan langkah pencegahan seperti pemeriksaan suhu di lintasan sempadan serta pemeriksaan di sekolah dan rumah jagaan, mulai akhir November lalu," katanya.

Beberapa hari lalu, pakar kesihatan di Paris menasihatkan orang ramai supaya tidak mencetuskan 'panik pandemik' susulan peningkatan kes penyakit pernafasan di utara China khususnya dalam kalangan kanak-kanak.

Perkembangan itu secara langsung mencetuskan spekulasi dalam talian mengenai ancaman pandemik baharu, empat tahun selepas Covid-19 pertama kali muncul di Wuhan, China.

Pihak berkuasa China mengatakan peningkatan kes radang paru-paru misteri disebabkan berakhirnya sekatan Covid-19, ketibaan musim sejuk dan peredaran patogen yang diketahui termasuk influenza, 'mycoplasma pneumonia', 'respiratory syncytial virus' (RSV) dan SARS-CoV-2, virus yang menyebabkan Covid-19.

Menurut pakar, terma sindrom 'white lung' merangkumi penyakit salur pernafasan seperti 'Acute Respiratory Distress Syndrome' (ARDS) yang disebabkan bakteria dalam darah, radang paru-paru dan juga trauma, selain terdapat garam kalsium di dalam paru-paru boleh menyebabkan batuk, sukar bernafasa dan sakit dada berpunca daripada 'pulmonary alveolar microlithiasis' (PAM).
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... nggera-antarabangsa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 09:04 PM GMT+8 , Processed in 0.066857 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list