CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4502|Reply: 0

[Melaka] Tiada pihak dibenar keluarkan kenyataan di luar mahkamah berkaitan kes 'Makcik Kemboja'-mahkamah

[Copy link]
Post time 7-12-2023 03:14 PM | Show all posts |Read mode

Mariyah dan Ezuan Hafsham didakwa di Mahkamah Majistret Ayer Keroh. FOTO JAMAH NASRI

Melaka: Tiada mana-mana pihak dibenar mengeluarkan kenyataan berhubung kes ahli perniagaan wanita warga Kemboja dan anaknya yang berdepan pertuduhan menghina orang Melayu hingga mengganggu perbicaraan.

Perintah dikeluarkan Hakim Mahkamah Sesyen Mohd Sabri Ismail, selepas membenarkan satu daripada beberapa syarat tambahan berkaitan jaminan dipohon pihak pendakwaan pada prosiding kes, hari ini.

Terdahulu, Pengarah Pendakwaan negeri, Ahmad Sazali Omar yang dibantu Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Nazrin Ali Rahim memohon perintah mahkamah supaya tiada mana-mana pihak mahupun tertuduh, Mariyah Yaakob, 47, dan anaknya, Ezuan Hafsham Mohd Hisyam, 22, mengeluarkan kenyataan berhubung kes itu.

Beliau memberikan alasan kes berkenaan mendapat liputan meluas dan sebarang kenyataan dikeluarkan dibimbangi akan mengganggu perbicaraan kelak.



Permohonan itu tidak dibantah peguam kedua-dua tertuduh iaitu Kamal Hisham Jaafar.

Sementara itu, Kamal Hisham dalam hujahnya berkaitan jaminan antara lain menyatakan, anak guamnya sudah 'dihukum' dalam perbicaraan awam dan media susulan kes itu.

Katanya, hal itu jelas apabila terdapat kempen memulaukan produk perniagaan diusahakan Mariyah hingga menjejaskan perniagaannya yang turut terkesan akibat pandemik Covid-19.

"Tertuduh sudah dihukum walaupun belum dijatuhi hukuman oleh mahkamah.

"Prinsip undang-undang seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... kamah-berkaitan-kes
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-6-2024 02:47 AM GMT+8 , Processed in 0.055459 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list