CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10142|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Daniel Akmal ditemui dalam keadaan lemah

[Copy link]
Post time 9-12-2023 12:20 PM | Show all posts |Read mode

Daniel Akmal yang dilaporkan hilang ditemui di sebuah pondok menunggu bas, sekitar Kuala Lumpur, malam tadi.

KUALA LUMPUR – Pelajar, Muhammad Daniel Akmal Zulkhairi yang dilaporkan hilang sejak kelmarin dari sebuah sekolah berasrama penuh di Cheras selamat ditemui, malam tadi.

Ibunya, Shuhada Jamaludin, 38, ketika dihubungi mengesahkan penemuan anaknya itu.

“Ya anak saya sudah ditemui, dia dalam keadaan lemah tidak bermaya,” katanya kepada Kosmo!.

Sementara itu, seorang pengguna Facebook, Yusri Yunos memaklumkan remaja tersebut hasil kerjasama jemaah Masjid Saidina Othman, penduduk Bandar Tun Razak dan masyarakat sekitar.

“Alhamdulillah…dijumpai dengan selamat dan sihat selepas dua hari pencarian.

“Terima kasih kepada semua yang berusaha mencari sejak dari awal sehingga malam tadi iaitu keluarga Danial, warga sekolah, polis Cheras, jemaah Masjid Saidina Othman, penduduk Bandar Tun Razak dan masyarakat sekitar,” katanya dalam hantaran itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin ketika dihubungi mengesahkan penemuan remaja tersebut.

Semalam, Kosmo! melaporkan, Muhammad Daniel disyaki hilang sejak kelmarin dan kali terakhir dilihat di Masjid Saidina Uthman, Bandar Tun Razak pukul 5.40 pagi.

Pelajar Sekolah Menengah Sains Alam Shah Cheras berusia 14 itu dikatakan hilang dari asrama.

Menurut ibunya, Daniel pernah menjadi mangsa buli di sekolah dan mengalami kemurungan susulan kejadian tersebut. – KOSMO! ONLINE.
https://www.kosmo.com.my/2023/12 ... alam-keadaan-lemah/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 09:30 PM GMT+8 , Processed in 0.062985 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list