CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1902|Reply: 0

[Pahang] Jodohku, rakan sepermainanku

[Copy link]
Post time 13-12-2023 12:12 PM | Show all posts |Read mode

AIDA dan Shahfiq ketika zaman kanak-kanak (dalam bulatan) sebelum disatukan sebagai suami isteri 30 Ogos lalu. FOTO Ihsan Aida.

Bentong: Selepas 20 tahun terpisah, takdir mempertemukan semula dua rakan sepermainan ini yang akhirnya berjanji untuk sehidup semati.

Mahu dikenali sebagai pasangan Aida dan Shahfiq, kisah kedua-duanya tular selepas perkongsian video TikTok mengenai penyatuan mereka yang menarik perhatian warganet.

Aida berkata, mereka mengikat tali pertunangan pada 1 Januari tahun lalu, iaitu hari pertama bertemu empat mata selepas terpisah dan disatukan sebagai suami isteri pada 30 Ogos lalu.

Menurut Aida yang bekerja di bahagian pentadbiran syarikat swasta, ketika zaman kanak-kanak, dia dan suaminya pernah menetap di kuarters polis di Kuah, Langkawi, malah hubungan mereka rapat kerana berjiran.



"Banyak kenangan kami waktu kecil antaranya main bersama-sama dan suami juga pernah tumpang kereta untuk ke kelas kerana emak saya guru al-Quran dan Fardhu Ain (Kafa).

"Keluarga kami berdua juga rapat kerana ayah kami sama-sama bertugas sebagai polis. Namun, kami terpisah selepas keluarga suami berpindah.

"Saya tak tahu mereka pindah ke mana, malah tidak bertanya mak ayah kerana ketika itu pun masih kecil," katanya ketika dihubungi.

Aida berkata, dia juga tidak pernah berusaha menjejaki Shahfiq walaupun selepas tamat persekolahan, sehinggalah pada 2019, dia menerima notifikasi untuk tambah kenalan daripada suaminya di Facebook (FB).

Katanya, dia dapat mengecam suaminya adalah rakan sepermainan yang terpisah kerana ingat namanya dan wajah yang tidak berubah.

"Mulanya kami setakat bertukar nombor dan tanya khabar di FB saja kerana tak dapat jumpa disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat Covid-19.

"Tapi kami ada berbincang mengenai (arah tuju) hubungan dan disebabkan itu, kami sepakat mengikat tali pertunangan pada hari pertama kami berjumpa," katanya.

Wanita itu tidak menyangka bertemu jodoh dengan insan yang dikenali sejak kecil walaupun terpisah sementara, malah beruntung apabila keluarga kedua-dua pihak sudah saling mengenali.

"Terima kasih saya ucapkan kepada mereka yang mendoakan kami walaupun niat saya kongsi di TikTok untuk suka-suka saja," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... rakan-sepermainanku

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-6-2024 10:19 AM GMT+8 , Processed in 0.046944 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list