CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9393|Reply: 0

[Dunia] Pemain bola sepak terbaik Algeria, Youcef Atal dipenjara lapan bulan kerana sokong Palestin

  [Copy link]
Post time 4-1-2024 10:34 AM | Show all posts |Read mode


RABAT: Pemain bola sepak terbaik Algeria, Youcef Atal yang mewakili kelab Ligue 1, Nice, dihukum penjara lapan bulan oleh mahkamah Perancis kerana menunjukkan sokongan ke atas Palestin.

Mahkamah Perancis mengumumkan keputusannya itu semalam dan Atal turut didenda 45,000 euro (RM228,149) atas dakwaan mencetus kebencian.

Atal dihukum selepas meluahkan pandangannya secara terbuka terhadap kekejaman Israel ke atas rakyat Palestin dalam siri pembunuhan beramai-ramai terbaru sejak 7 Oktober lalu.

Pada Oktober, pemain Algeria itu memuat naik sokongannya terhadap Palestin di media sosial sejurus selepas Israel memulakan keganasan terhadap orang awam di Gaza dan Tebing Barat.

Atal turut berdepan penggantungan oleh kelabnya dan dikecam teruk di Perancis, sehingga memaksa pemain 27 tahun itu memadamkan hantarannya di media sosial.

Dua persatuan, Liga Antarabangsa menentang Perkauman dan Anti-Semitik (LICRA) dan Pemantau Yahudi Perancis, memfailkan dakwaan ke atas Atal.

Atal bukan pemain bola sepak pertama dikecam kerana memberikan sokongan ke atas Palestin.

Pemain Magribi, Noussair Mazaoui, yang beraksi untuk kelab Jerman, Bayern Munich, turut menjadi mangsa selepas menunjukkan simpati ke atas rakyat Palestin. - AGENSI

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-6-2024 12:52 PM GMT+8 , Processed in 0.473493 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list