CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5533|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Misteri ketuk pintu: Penduduk nampak lembaga hitam

[Copy link]
Post time 11-1-2024 05:14 PM | Show all posts |Read mode

Haslinda Hassim, 54, menceritakan pengalaman diganggu dengan ketukan misteri di Kampung Kepis Hilir selepas sekurang-kurangnya 20 rumah menerima 'tetamu' tak undang itu sejak malam 31 Disember lalu. - Foto NSTP/Azrul Edham

KUALA PILAH: Selepas 10 hari gangguan ketukan misteri di Kampung Kepis, beberapa penduduk mendakwa ternampak makhluk hitam menyerupai manusia, malam tadi.

Haslinda Hassim, 54, berkata dia ternampak makhluk berkenaan ketika di luar rumah jam 9.40 malam, sebelum lembaga hitam itu menghilangkan diri dalam gelap.

"Sebelum itu, anak sulung berusia 17 tahun keluar manakala saya hanya bersama seorang lagi anak berada di rumah. Tidak lama kemudian anak sulung menghubungi saya memaklumkan supaya menutup semua pintu dan tingkap kerana ada sebuah rumah diganggu.

"Kemudian anak balik bersama kawannya dan menyuruh saya buka pintu dapur. Tiba-tiba kami terdengar bunyi seperti objek jatuh depan rumah," katanya ditemui di rumahnya.



Tambahnya, disebabkan rumahnya tinggi, dia melihat dengan jelas objek jatuh berkenaan dan ternampak lembaga dalam posisi seperti merangkak.

"Pada mulanya saya menyangka ia hanya ilusi. Kali kedua melihatnya, lembaga itu juga menoleh ke arah saya sebelum bangun dan lari ke arah jalan besar dan hilang dalam kegelapan," katanya.

Hingga awal pagi tadi, sudah empat kali rumahnya diganggu dengan kejadian terakhir kira-kira jam 2.30 pagi tadi yang mana 'dia' mencakar dinding serta bunyi seolah cuba mengumpil tingkap kaca.

Seorang lagi penduduk, Mariam Johit, 67, berkata anaknya sempat bertentang mata dengan lembaga berkenaan selepas terdengar pagar rumah seperti digoncang.

"Ini kali kelima rumah kami diganggu. Malam tadi ketika saya bersama dua anak dan cucu berada di rumah jam 9 malam, kami terdengar pintu pagar di hadapan rumah digoncang.

"Anak (Noreennor Mohd Noor, 38) menyelak langsir dan ternampak 'dia' berdiri di luar rumah. Anak jerit 'orang mak' sebelum dia bergegas membuka pintu dan keluar, namun makhluk itu lari ke arah tepi rumah.

"Anak dengar bunyi tapak kaki berlari sebelum ia hilang begitu sahaja. Malah ahli keluarga berdekatan dan penduduk kampung yang mengepung rumah kami tidak menemui sebarang jejak," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Kepis Hilir, Mohmmad Sah Sulaiman, berkata beliau berharap gangguan itu segera ditamatkan.

"Sudah lebih seminggu ia berlarutan dan keadaan di kampung ini huru-hara. Penduduk. Ketakutan sehingga pergi ke tandas dalam rumah sendiri pun perlu berteman," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... ampak-lembaga-hitam

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-6-2024 01:41 PM GMT+8 , Processed in 0.075752 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list