CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9723|Reply: 0

[Johor] Banjir di Johor hampir pulih sepenuhnya, mangsa hanya 78

[Copy link]
Post time 16-1-2024 01:12 PM | Show all posts |Read mode

BEBERAPA anggota keselamatan mengemas peralatan di PPS Kahang yang ditutup berikutan banjir pulih di Kluang semalam.

JOHOR BAHRU – Keadaan banjir di negeri ini semakin hampir pulih sepenuhnya apabila hanya tiga pusat pemindahan sementara (PPS) sahaja yang masih beroperasi, setakat 8 pagi tadi.

Ia membabitkan 78 mangsa daripada 20 keluarga yang masih ditempatkan di tiga PPS di Segamat dan Batu Pahat.

Setiausaha Kerajaan negeri, Tan Sri Dr. Azmi Rohani berkata, jumlah itu berkurangan berbanding 164 mangsa daripada 37 keluarga di empat PPS.

“Kota Tinggi yang terjejas teruk akibat banjir sebelum ini sehingga kawasan bandar daerah itu tenggelam pulih sepenuhnya pada malam semalam.

“Ini susulan penutupan PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Telor, Pasir Raja yang menjadi tempat perlindungan 86 mangsa daripada 17 keluarga malam tadi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Azmi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri memberitahu, seramai 63 mangsa daripada 17 keluarga masih berada di PPS di Balai raya Kampung Batu Badak dan Dewan Komuniti Kampung Tasek di Segamat.

Katanya, di Batu Pahat pula, seramai 15 mangsa daripada tiga keluarga ditempatkan di PPS di SK Bukit Kuari, Ayer Hitam.

“Mengenai perkembangan terkini jalan yang terputus hubungan sebelum ini, Jalan Tanah Abang di Mersing hanya dibuka untuk kenderaan berat sahaja manakala Lingkaran Kahang Barat di Kluang masih ditutup untuk semua kenderaan.

“Bagi laporan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) amaran ribut petir diramal berlaku di Segamat pada hari ini,” katanya.

Tambahnya, data terkini Jabatan Pengairan dan Saliran menunjukkan Sungai Muar di Jeti Kampung Tekam, Segamat berada di paras bahaya manakala Sungai Muar di Buloh Kasap, Segamat dan Sungai Paya Dato, Mersing berada di tahap amaran.

“Sementara itu, Empangan Labong, Mersing berada di paras bahaya dengan bacaan aras air semasa pada ketinggian 8.67 meter (m), melebihi paras normal 8.42m,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/01 ... ya-mangsa-hanya-78/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-6-2024 05:02 AM GMT+8 , Processed in 0.049701 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list