CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20881|Reply: 1

[Sarawak] Sarawak miliki 23 lagi Pusat Ekonomi Digital

[Copy link]
Post time 17-1-2024 09:12 PM | Show all posts |Read mode
Kerajaan negeri sokong inisiatif SKMM, 23 pusat dijangka dibina tidak lama lagi di 23 DUN di negeri ini



Julaihi (belakang, tujuh kiri) bersama (belakang dari lima kanan) Abdullah, Liwan dan Adiman merakam kenangan bersama yang lain serta 23 penerima PEDi baharu di Sarawak yang mewakili 23 DUN.

“Hari ini, kita menyokong dan menyambut baik inisiatif menubuhkan 23 buah PEDi baharu di Sarawak di bawah program USP yang dilaksanakan SKMM, terutama di luar bandar.”

Dato Sri Julaihi Narawi
Menteri Utiliti dan Telekomunikasi

KUCHING: Sarawak dijangka mempunyai 23 buah Pusat Ekonomi Digital (PEDi) baharu di bawah  program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP) yang dijangka siap menjelang penghujung tahun 2024.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Dato Sri Julaihi Narawi berkata, kerajaan negeri menyokong inisiatif Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di mana 23 pusat dijangka dibina tidak lama lagi di 23 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini.

Beliau berkata, pembangunan PEDi itu juga menyokong Strategi Pembangunan PascaCOVID-19 (PCDS) 2030 dan Sarawak Digital Economy Blueprint 2030 bagi memacu Sarawak ke arah negeri maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2030.

“Hari ini, kita menyokong dan menyambut baik inisiatif menubuhkan 23 buah PEDi baharu di Sarawak di bawah program USP yang dilaksanakan SKMM, terutama di luar bandar.

“Pada saya, PEDi adalah antara ‘enabler’ yang penting kepada PCDS 2030 serta Sarawak Digital Economy Blueprint 2030 dalam usaha kita mahu menyediakan rakyat dengan kemahiran dan pengetahuan digital dalam kita menghadapi era perkembangan teknologi makumat serta ekonomi digital,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyempurnakan Majlis Perasmian dan Taklimat Pelaksanaan 23 PEDi Baharu di Sarawak di sini, hari ini.

Antara DUN yang terlibat dengan pelaksanaan PEDI baharu adalah DUN Krian, Telang Usan, Ba’Kelalan, Gedong, Saribas, Semop, Belaga, Samariang, Padungan, Pending, Batu Lintang, Simunjan, Bukit Assek, Tanjong Batu, Kemena, Pelawan, Nangka, Bukit Saban, Sebuyau, Batu Kitang, Kota Sentosa, Satok dan Batu Kawah.

Terdahulu, Julaihi yang juga ADUN Sebuyau turut berterima kasih dan berharap kepada Telekom Malaysia (TM) yang telah diberi tanggungjawab menjadi agensi melaksanakan pembinaan 23 PEDi baharu di seluruh Sarawak, dapat menyediakan ia dengan cepat.

“Saya mewakili kerajaan negeri, mengucapkan terima kasih kepada kerajaan persekutuan kerana perihatin kepada transformasi digital di negeri ini dan PEDi merupakan infrastruktur yang penting dalam usaha kita membangunkan Sarawak.

“Pada masa yang sama selain daripada 23 PEDi baharu, Sarawak seperti mana semua sedia maklum adalah sebuah wilayah yang luas, pada masa akan datang kita berharap lebih banyak lagi PEDi dipertimbang dan diperluaskan berdasarkan landskap Sarawak yang luas.

“Pada masa akan datang, kemungkinan ada di antara DUN memerlukan lebih daripada sebuah PEDi dan berharap ia dapat dipertimbangkan,” katanya.

Sementara itu Pengarah SKMM Sarawak Adiman Ajem berkata, di sarawak sehingga kini terdapat sebanyak 133 PEDi sedia ada dengan sejumlah besarnya dibangunkan di kawasan luar bandar.

Beliau berkata, PEDi menawarkan perkhidmatan capaian Internet berkelajuan tinggi serta program latihan ICT dan e-dagang, di samping bertindak sebagai pusat transformasi untuk membimbing komuniti setempat terutama usahawan-usahawan kecil bagi mengadaptasi pemasaran perniagaan melalui platform digital.

“Sehingga kini, terdapat 133 buah PEDi di Sarawak di bawah SKMM. Kini PEDi akan menumpukan kepada kerjasama dengan usahawan,” katanya.

Hadir sama pada majlis itu, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Datuk Liwan Lagang, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak Datuk Abdullah Saidol serta yang lain.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-6-2024 10:42 AM | Show all posts
Pembangunan PEDi selaras dengan objektif PCDS 2030 untuk mengubah Sarawak menjadi negeri maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2030. PEDi berfungsi sebagai fasilitator utama dalam menyokong pelaksanaan strategi wordle ini dengan menyediakan kemahiran dan pengetahuan digital kepada rakyat.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 10:14 PM GMT+8 , Processed in 0.063588 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list