CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13635|Reply: 4

[Dunia] Lelaki buka pintu kecemasan, berjalan atas sayap pesawat

[Copy link]
Post time 29-1-2024 08:01 PM | Show all posts |Read mode
Lelaki buka pintu kecemasan, berjalan atas sayap pesawat


Penerbangan pesawat Aeromexico sebelum itu ditunda selama tiga jam. – Getty Images

BANDAR RAYA MEXICO – Seorang penumpang ditahan di Mexico kerana membuka pintu kecemasan  dan berjalan di atas sayap sebuah pesawat, lapor Badan Penyiaran Britain (BBC) semalam.

Kejadian berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Mexico, Khamis lalu sekitar pukul 11.30 pagi (waktu tempatan).

Dalam kejadian itu, pesawat milik syarikat penerbangan Aeromexico dijadualkan berlepas dari Bandar Raya Mexico, namun ditunda disebabkan masalah penyelenggaraan.



Lelaki tersebut dikatakan bertindak demikian selepas penumpang pesawat yang dijadualkan  menuju ke Bandar Guatemala itu terkandas selama tiga jam di landasan tanpa pendingin hawa atau minuman.

Tindakan lelaki itu mendapat sokongan penumpang-penumpang lain yang berkata, dia telah menyelamatkan nyawa mereka.

“Semua penumpang penerbangan dari Bandar Raya Mexico ke Guatemala (penerbangan) AM 0672 menegaskan bahawa individu tersebut membuka pintu kecemasan untuk perlindungan semua orang dan mendapat sokongan semua orang.

“Ia berlaku disebabkan kelewatan (penerbangan) yang membuatkan udara semakin berkurang serta mencetuskan keadaan bahaya kepada penumpang.

“Dia telah menyelamatkan nyawa kami,” kata penumpang-penumpang pesawat berkenaan dalam satu nota tulisan tangan yang disertakan nama dan tanda tangan mereka. – AGENSI

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2024 08:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Feeling2 jadi harrison ford ke? Dia ingat cite air force one ke?


Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2024 08:33 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 29-1-2024 08:09 PM
Feeling2 jadi harrison ford ke? Dia ingat cite air force one ke?

Aku pulak terbayang bruce willis dalam die hard..
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2024 08:39 PM | Show all posts
..nampak gaya dia ada valid reason untuk buat...



Lelaki tersebut dikatakan bertindak demikian selepas penumpang pesawat yang dijadualkan  menuju ke Bandar Guatemala itu terkandas selama tiga jam di landasan tanpa pendingin hawa atau minuman.

Tindakan lelaki itu mendapat sokongan penumpang-penumpang lain yang berkata, dia telah menyelamatkan nyawa mereka.

“Semua penumpang penerbangan dari Bandar Raya Mexico ke Guatemala (penerbangan) AM 0672 menegaskan bahawa individu tersebut membuka pintu kecemasan untuk perlindungan semua orang dan mendapat sokongan semua orang.

“Ia berlaku disebabkan kelewatan (penerbangan) yang membuatkan udara semakin berkurang serta mencetuskan keadaan bahaya kepada penumpang.

“Dia telah menyelamatkan nyawa kami,” kata penumpang-penumpang pesawat berkenaan dalam satu nota tulisan tangan yang disertakan nama dan tanda tangan mereka. – AGENSI
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2024 08:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Belibis replied at 29-1-2024 08:33 PM
Aku pulak terbayang bruce willis dalam die hard..

Nicholas cage conair.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-6-2024 03:22 PM GMT+8 , Processed in 0.445556 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list