CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8436|Reply: 0

[Dunia] Kabel internet dasar laut hadapi ancaman disabotaj

[Copy link]
Post time 6-2-2024 09:13 AM | Show all posts |Read mode
Kabel internet dasar laut hadapi ancaman disabotaj

https://www.kosmo.com.my/2024/02 ... -ancaman-disabotaj/

Oleh KOSMO!
6 Februari 2024, 8:15 am


GAMBAR fail 2016 menunjukkan kabel internet fiber optik dasar laut kelajuan tinggi SEA-ME-WE 5. – AFP

LONDON – Firma-firma tele­komunikasi berkaitan kerajaan Yemen yang diiktiraf Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran kelmarin bahawa pemberontak Houthi akan mensabotaj rangkaian kabel internet dasar laut di Laut Merah, lapor akhbar Guardian.

Kabel berkenaan penting dalam operasi internet Barat dan penghantaran data kewangan.

Amaran tersebut disiarkan selepas saluran aplikasi Telegram yang dikaitkan dengan puak Houthi menerbitkan peta kabel fiber optik di sepanjang dasar Laut Merah.

Peta tersebut disertakan mesej: “Terdapat peta kabel fiber optik antarabangsa yang meng­hubungkan semua wilayah di dunia melalui laut. Nampaknya, Yemen berada di lokasi strategik kerana talian internet yang meng­hubungkan seluruh benua melalui perairan ini (Laut Merah).”

Syarikat Yemen Telecom berkata, pihaknya telah melakukan kedua-dua usaha diplomatik dan undang-undang sejak beberapa tahun lalu untuk memujuk pakatan telekomunikasi global supaya tidak mengadakan sebarang urusan dengan puak Houthi.

Menurutnya, perbuatan sedemikian akan memberikan pengetahuan kepada kumpulan pemberontak itu dan militia lain tentang cara kabel dasar laut beroperasi.

Dianggarkan bahawa Laut Merah bertanggungjawab kepada 17 peratus trafik internet di seluruh dunia menerusi saluran paip gentian fiber optik.

Dalam satu kenyataan, Perbadanan Telekomunikasi Am Yemen mengecam ancaman militia Houthi untuk menyasarkan kabel dasar laut antarabangsa.

Amaran itu membabitkan 16 kabel dasar laut di rantau ber­kenaan. Kabel itu memiliki ke­tebalan menyamai hos getah paip dan terdedah kepada kerosakan akibat sauh kapal dan gempa bumi. Ia merentasi Laut Merah ke arah Mesir.

Salah satu sambungan paling strategik ialah sepanjang 25,000 kilometer melibatkan rantau Asia-Afrika-Eropah (AE-1). Kabel dasar laut itu merentasi dari Asia Tenggara ke Eropah melalui Laut Merah.

Penganalisis keselamatan di Forum Keselamatan Teluk berkata dalam laporannya pada minggu lalu bahawa ‘kabel dasar laut masih selamat kerana puak Houthi ‘kekurangan teknologi atau motivasi’ untuk mensabo­tajnya.

“Houthi memiliki keupayaan untuk mengganggu penghantaran di permukaan laut melalui serangan peluru berpandu dan dron tetapi kekurangan perkakas untuk mencapai kabel dasar laut,” kata kenyataan itu.

Bagaimanapun, mereka memberi amaran, di beberapa lokasi kabel itu berada di perairan cetek pada kedalaman kurang 100 meter dan tidak memerlukan kapal selam berteknologi tinggi untuk sampai kepadanya.

Pada 2013, tiga penyelam telah ditangkap di Mesir kerana cuba memotong kabel dasar laut dekat pelabuhan Iskandariah yang menyediakan kapasiti internet antara Eropah dan Mesir.

Menteri Penerangan Yemen dalam kerajaan diiktiraf PBB yang berpangkalan di Aden, Moammar al-Eryani berkata, militia Houthi menimbulkan ancaman serius kepada ‘salah satu infrastruktur digital paling penting di dunia.’

Tambahnya, Houthi adalah kumpulan militia yang tidak menetapkan batasan pada tindakan mereka.

Sementara itu, jurucakap puak Houthi, Mohammed Abdul Salam berkata, militia Houthi bersedia menggunakan taktik baharu untuk menghentikan pencerobohan Amerika-Britain ke atas Yemen.

“Keputusan kami menyokong Gaza adalah tegas dan berprinsip dan tidak akan terjejas oleh sebarang serangan. Mengenai keupayaan ketenteraan Yemen, kami ingin menegaskan bahawa mereka tidak mudah dimusnahkan dan terbukti mampu bertahan

“Daripada meningkatkan dan mencetuskan konflik baharu di rantau ini, Amerika dan Britain harus tunduk kepada kemahuan antarabangsa yang menuntut pencerobohan Israel dihentikan segera, menarik balik kepungan ke atas Gaza, dan berhenti melindungi Israel dengan mengorbankan rakyat Palestin,” katanya. – AGENSI

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 163834 Replies : 3947
di Malaysia menyeronokkan , jiran semuanya baik namun selepas 35 tahun wanita  Rohingya, Amirah Anisah Samad yang dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia tekad berhijrah ke AS untuk kehidupan lebih baik
YgBenardi Malaysia menyeronokkan , jiran semuan
Views : 5074 Replies : 70
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 26622 Replies : 199
Ocean King Fishing Game: Tips and Trik untuk Pemula di 2024
Mega888DownloadOcean King Fishing Game: Tips and Trik u
Views : 1111 Replies : 0
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 19834 Replies : 79
Edisi tambah tacang: Perang Dingin
Tinot7Edisi tambah tacang: Perang Dingin
Views : 5382 Replies : 41
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 71791 Replies : 2932
Transfer aset trading?
KogoromouriTransfer aset trading?
Views : 5104 Replies : 4
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 4334 Replies : 15
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 102704 Replies : 2875

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-6-2024 12:32 PM GMT+8 , Processed in 0.372056 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list