CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13505|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Ribuan rakyat Indonesia ‘berkampung’ di ibu negara

[Copy link]
Post time 11-2-2024 04:29 PM | Show all posts |Read mode

Antara rakyat Indonesia yang hadir di WTC di sini bagi melakukan pengundian awal sempena Pilihan Raya Indonesia.

KUALA LUMPUR – Puluhan ribu rakyat Indonesia ‘berkampung’ di Pusat Dagangan Dunia (WTC), hari ini sempena Pilihan Raya Presiden Indonesia melalui proses pengundian awal.

Tinjauan Kosmo! di sini mendapati rata-rata mula memenuhi pekarangan WTC bermula daripda pukul 7 pagi tadi bagi menjalankan tanggungjawab mereka.

Bagaimanapun, keadaan di sini masih terkawal dengan kawalan daripada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan anggota penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Sebelum ini, Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Hermono dilaporkan berkata, hingga kini rakyat Indonesia yang berdaftar bagi melaksanakan tanggungjawab mengundi Ahad ini ialah seramai 223,000.

Bagaimanapun, Hermono berkata, pihaknya menjangkakan rakyat Indonesia yang hadir menjalankan tanggungjawab itu nanti adalah kira-kira 45,000 atau mewakili 20 peratus daripada keseluruhan yang berdaftar.

Pilihan Raya Indonesia kali ini menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara bekas jeneral tentera, Prabowo Subianto, bekas gabenor Jawa Tengah, Ganjar Pranowo dan bekas gabenor Jakarta, Anies Baswedan. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/02 ... pung-di-ibu-negara/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-5-2024 07:42 AM GMT+8 , Processed in 0.054514 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list