CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13476|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Op Selamat 21: 1,506 kenderaan terlibat kemalangan jalan raya semalam

[Copy link]
Post time 11-2-2024 04:31 PM | Show all posts |Read mode

Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR -Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) merekodkan 1,506 kenderaan terlibat kemalangan di seluruh negara menerusi Op Selamat 21 Tahun Baharu Cina, semalam.

Pengarah JSPT Bukit Aman Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata, statistik kemalangan jalan raya pada hari ketiga operasi itu diikuti jumlah kemalangan sebanyak 1,197 kes.

“Turut direkodkan sebanyak 17 kemalangan maut dan 17 kematian semalam.

“Para pengguna jalan raya dinasihatkan agar memandu dengan berhemah dan sentiasa patuh pada undang-undang di jalan raya. Sayangi diri, jauhi kemalangan.“ katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Kosmo! melaporkan sebanyak 13 kematian direkodkan di seluruh negara menerusi hari kedua Op Selamat 21 Tahun, kelmarin.

Selain itu, terdapat 1,614 kes kemalangan yang direkodkan fiikuti 12 kemalangan maut dan 1,986 kenderaan yang terbabit kemalangan.

Terdahulu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dilaporkan berkata, Op Selamat bagi edisi kali ini mengekalkan tema ‘Rumah Selamat, Selamat Sampai Ke Destinasi’.

Menerusi operasi itu, dua objektif utama diangkat iaitu meminimumkan kemalangan jalan raya serta memastikan kelancaran trafik dan mencegah jenayah pecah rumah sepanjang musim perayaan.

JSPT juga turut dibantu oleh Unit Dron Pasukan Gerakan Udara (PGU) Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menjalankan pemantauan udara di tiga zon utama iaitu zon Utara, Selatan dan Timur.

Dalam pada itu, bagi mencegah jenayah pecah rumah pula, seluruh jentera PDRM di peringkat kontinjen digerakkan untuk rondaan pencegahan jenayah, risikan, operasi dan pemantauan secara berjadual di kawasan perumahan serta premis perniagaan.-KOSMO! ONLINE.
https://www.kosmo.com.my/2024/02 ... jalan-raya-semalam/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 04:11 PM GMT+8 , Processed in 0.146353 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list