CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7294|Reply: 0

Pencapaian Triple Eight mengagumkan

[Copy link]
Post time 14-2-2024 12:14 PM | Show all posts |Read mode
Edited by mattzzx at 14-2-2024 12:17 PM


Tunku Abdul Rahman (tengah) bersama rakan sepasukan. - Foto Royal Johor




KUALA LUMPUR: Pasukan Triple Eight Johor Motorsports Racing (JMR) mengakhiri musim sulung perlumbaan siri Asian Le Mans 2023/2024 dengan keputusan mengagumkan, menduduki tempat kedua dalam kejuaraan kategori GT, hanya dua mata di belakang juara keseluruhan iaitu Pure Racing.

JMR dalam kenyataan memaklumkan Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim yang bergandingan bersama Luca Stolz dan Jordan Love, menamatkan Perlumbaan 5 di Litar Yas Marina, Abu Dhabi, semalam di belakang pasukan Leipert Motorsport Lamborghini Huracan dalam perlumbaan penuh aksi selama empat jam.

Tetapi penalti selepas perlumbaan kerana pelanggaran masa pemanduan, memberikan kelebihan kepada JMR Triple Eight untuk kemenangan berturut-turut di Abu Dhabi.

Perlumbaan 4 di litar sama kelmarin, menyaksikan JMR merangkul kemenangan sulung dalam kategori mereka selepas mempamerkan pemanduan cekap dengan berjaya mengelak perkara tidak diingini berlaku ketika perlumbaan.

Kemenangan itu menyaksikan persaingan semakin sengit apabila Triple Eight JMR ketinggalan hanya sembilan mata di belakang pasukan Pure Rxcing.



"Sudah tentu ia merupakan musim pertama yang menarik di Asian Le Mans, melebihi jangkaan Triple Eight JMR untuk melangkah ke perlumbaan Intercontinental GT Challenge 2024, yang merupakan perlumbaan endurance di trek ikonik seperti Bathurst (Australia), Spa Francorchamps (Belgium) dan Indianapolis (AS)," menurut kenyataan itu.


Menurut Tunku Abdul Rahman dalam kenyataan sama, pasukan telah mengambil langkah berani dan melebihi apa yang dijangkakan.
"Kita hanya sasarkan untuk berada dalam 10 terbaik, tetapi untuk memburu kejuaraan, saya rasa ia satu langkah sangat baik dan perkara positif untuk dilihat. Ia usaha hebat oleh semua yang terlibat, pelumba, pasukan dan kita nantikan apa yang akan berlaku seterusnya," katanya. - BERNAMA

https://www.bharian.com.my/sukan ... e-eight-mengagumkan




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 08:53 PM GMT+8 , Processed in 0.069138 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list