CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11715|Reply: 0

[Kedah] Daerah Pokok Sena, Langkawi panas sehingga 35 hingga 37 darjah Celcius

[Copy link]
Post time 14-2-2024 05:41 PM | Show all posts |Read mode
Daerah Pokok Sena, Langkawi panas sehingga 35 hingga 37 darjah Celcius


Oleh Zuliaty Zulkiffli - Februari 14, 2024 @ 5:04pm bhnews@bh.com.my




Daerah Pokok Sena dan Langkawi mencatat suhu harian antara 35 hingga 37 darjah celsius. - Foto fail NSTP




ALOR SETAR: Daerah Pokok Sena dan Langkawi masih mengalami cuaca panas tahap satu iaitu selepas mencatat suhu harian antara 35 hingga 37 darjah celsius.

Pengarah Pejabat Meteorologi Kedah, Muhammad Khalil Abd Aziz, berkata orang ramai dinasihatkan supaya mengelak dari terdedah dengan aktiviti luar berikutan cuaca panas yang melanda ketika ini.

"Pada ketika ini, dua daerah Langkawi dan Pokok Sena kini mengalami mengalami cuaca panas tahap satu (berjaga-jaga) yang direkodkan selama tiga hari berturut-turut.

"Malah suhu maksimum harian di daerah terbabit adalah antara 35-37 darjah Celcius dan Stesen Kaji Cuaca turut merekodkan Langkawi tidak menerima hujan lebih dari 20 hari," katanya ketika dihubungi hari ini.

Muhammad Khalil turut menasihatkan orang ramai terutama golongan petani supaya tidak melakukan aktiviti pembakaran terbuka ketika ini.

Katanya, ketika ini berlaku peralihan Monsun Timur Laut serta cuaca kering dan angin bertiup kencang ini dibimbangi api akan merebak dengan cepat jika terbakar.

"Sebarang aktiviti pembakaran terbuka perlu dielakkan waktu ini kerana tidak sesuai ketika musim kering disebabkan haba panas dan angin kencang ketika ini.

"Cuaca panas ini dijangkakan akan berlaku hingga hujung Mac atau awal April apabila fasa peralihan monsun berlaku," katanya.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) turut memaklumkan dua lagi daerah mengalami cuaca panas iaitu Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Tengah di Pulau Pinang.

Kedua-dua daerah terbabit mencatatkan suhu maksimum 37 darjah celsius bagi tempoh tiga hari berturut-turut dan diletak dalam keadaan berjaga-jaga.

Selain cuaca panas tahap satu, MetMalaysia mengklasifikasi suhu antara 37 hingga 40 darjah celsius sebagai tahap dua dan lebih 40 darjah celsius sebagai tahap tiga.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-6-2024 07:27 AM GMT+8 , Processed in 0.062595 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list