CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5896|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Pengantin lelaki jumpa ibu terpisah 24 tahun lalu

[Copy link]
Post time 19-2-2024 12:20 PM | Show all posts |Read mode

MINGGA Bella Aprilensy hadir pada majlis perkahwinan Muhammad Abdul Hadi dan isteri, Nurul Nabilah pada 20 Januari lalu.

Kuala Lumpur: Tanggal 20 Januari lalu menjadi detik terindah dalam hidup Muhammad Abdul Hadi Yusli apabila bukan saja bergelar suami, malah dapat bertemu ibu yang terpisah sejak 24 tahun lalu.

Muhammad Abdul Hadi, 25, dan kembarnya, Muhammad Abdul Hakim terpisah dengan ibu mereka, Mingga Bella Aprilensy, 49, yang juga warga Indonesia ketika berusia setahun enam bulan selepas ibu bapa mereka berpisah.

Video pertemuan tiga beranak itu pada majlis perkahwinan Muhammad Abdul Hadi dan isteri, Nurul Nabilah Sabuddin, 25, di Bagan Ajam, Pulau Pinang tular selepas perkongsian Nurul Nabilah di TikTok, baru-baru ini meraih perhatian dan meruntun hati netizen.

Berkongsi kisah itu, Muhammad Abdul Hadi berkata, mereka tinggal bersama bapa selepas ibu pulang ke negara asal dan sejak itu terputus hubungan sehingga pada usia 15 tahun kembali berhubung dengan wanita berkenaan.



Menurutnya, dia dan kembar berusaha mencari ibu sejak berusia 13 tahun sebelum mereka bertemu wanita itu di Facebook (FB) dan bertukar nombor telefon.

"Saya mesej ibu yang tinggal di Kalimantan, Indonesia dan tanya adakah masih ingat kami anaknya iaitu Hadi dan Hakim sebelum ibu membalas mesej dan cakap dia masih ingat kerana kami anak dilahirkannya.

"Kami terus berhubung di telefon dan ketika itu kami tidak dapat bertemu kerana masing-masing mempunyai kekangan kewangan, malah saya dan kembar masih sekolah," katanya di sini, semalam.

Katanya, selepas bertunang pada Julai 2023, dia menjemput ibu menghadiri majlis perkahwinan serta mengakui sangat berharap wanita itu dapat hadir pada hari bahagia untuk berkongsi momen indah bersama.

"Ibu cakap dia datang bersama sembilan orang iaitu adik-beradik dan rakannya sehari sebelum majlis. Ibu berada di majlis itu dan menyaksikan saya melafazkan akad nikah.

"Saya sangat teruja melihat ibu hadir. Perasaan sedih, gembira dan terharu melihat wajah insan dirindui berada di depan mata menyebabkan saya menangis sehingga ibu minta kami tidak menangis lagi," katanya yang bekerja sebagai kru penggambaran.

Muhammad Abdul Hadi berkata, walaupun dia dan kembar tidak pernah bertemu dan mempunyai kenangan bersama ibu, namun sebagai anak dia mengakui mereka sangat menyayangi dan merinduinya.

"Tiada sekelumit rasa marah atau dendam pada ibu kerana meninggalkan kami kerana faham masalah dihadapi orang tua kami. Kami tidak pernah bertanya alasannya pergi kerana perkara itu sudah berlalu dan jika diungkit ia menyakiti hati kami, jadi lebih baik biarkan saja.

"Kami sayang ayah dan ibu kerana kalau tiada mereka, tiadalah kami di dunia. Ayat ibu yang menyedihkan kami apabila dia cakap: "Ibu tak nak tinggalkan kami, nanti kita berjumpa lagi'," katanya juga ada perancangan melawat ibu di Kalimantan untuk bertemu keluarga di sana.

Berhubung perkongsian di TikTok, pemuda asal Trong, Perak itu berkata, dia tidak menyangka video itu mendapat perhatian ramai, namun berterima kasih dengan semua komen baik yang positif dan mendoakan mereka sekeluarga.
https://www.hmetro.com.my/utama/ ... pisah-24-tahun-lalu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-5-2024 11:58 AM GMT+8 , Processed in 0.168833 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list