CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6470|Reply: 0

[Pulau Pinang] Pembantu pejabat mengaku tidak bersalah ugut, pukul ibu

[Copy link]
Post time 19-2-2024 02:15 PM | Show all posts |Read mode
Pembantu pejabat mengaku tidak bersalah ugut, pukul ibu

OlehSYAJARATULHUDA MOHD ROSLI
19 Februari 2024 01:39pm




Tertuduh dituduh mengugut, memukul ibunya serta memasukkan dadah ke dalam badannya pada minggu lalu.




GEORGE TOWN - Seorang pembantu pejabat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, terhadap pertuduhan mendatangkan kecederaan terhadap ibunya pada minggu lalu.

Tertuduh, Poh Lee Aik, 45, didakwa dengan sengaja mendatangkan cedera terhadap ibunya yang berusia 69 tahun dengan cara memukul di badan dan kepalanya menggunakan rotan berulang kali.



Oleh demikian, tertuduh yang merupakan seorang duda didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau dengan mana-mana dua daripada hukuman itu.



Bagi Seksyen 326A Kanun Keseksaan pula, tertuduh berhadapan hukuman penjara bagi tempoh dua kali ganda tempoh maksimum yang mana tertuduh boleh dikenakan atas sabitan bagi kesalahan itu.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan.

Timbalan Pendakwa Raya, Puteri Nor Nadia Mohamed Iqbal tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh berikutan kes tersebut adalah kesalahan serius selain tertuduh tinggal bersama mangsa iaitu ibunya.

Hakim Mohammad Khalid Ab Karim kemudiannya menetapkan tiada jaminan terhadap tertuduh selain menangguhkan kes sehingga 19 Mac untuk laporan perubatan dan sebutan semula kes.




Sementara itu, di Mahkamah Majistret 1, tertuduh menghadapi dua pertuduhan dengan pertuduhan pertama, dia dengan sengaja telah menakutkan secara jenayah terhadap ibunya dengan ugutan hendak menyebabkan kematian dengan cara kebinasaan apa-apa harta dengan api.

Tertuduh didakwa telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.


Bagi pertuduhan kedua, Lee Aik didakwa dengan sengaja mendatangkan cedera terhadap ibunya dengan cara memukul di badan dan kepalanya menggunakan tangan berulang kali.

Dia didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan.

Ketiga-tiga pertuduhan tersebut dilakukan sebuah rumah di Taman Lembah Hijau, Lorong Gangsa pada jam 7 petang, 13 Februari lalu.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Atikah Asharaf Ali yang memohon jaminan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan selain syarat tambahan, tertuduh dilarang mendekati atau mengganggu mangsa iaitu ibu kandungnya.

Lee Aik memohon jaminan minimum dikenakan terhadapnya berikutan dia mempunyai pendapatan bulanan sebanyak RM2,000 dan perlu menanggung dua anaknya.

Tertuduh juga memberitahu mahkamah bahawa dia menghadapi penyakit darah tinggi selain kesihatannya yang kurang memuaskan.

Majistret Siti Nurul Suhaila Baharin menetapkan jaminan RM7,000 dengan seorang penjamin terhadap kedua-dua pertuduhan selain syarat tambahan iaitu tertuduh dilarang mendekati atau mengganggu mangsa.

"Sekiranya gagal mematuhi syarat tambahan ini, jaminan akak ditarik balik," katanya.

Kes ditangguh sehingga 19 Mac untuk sebutan semula kes.

Dalam pada itu, Lee Aik turut menghadapi satu pertuduhan memasukkan dadah ke dalam badan di Mahkamah Majistret Jenayah di sini.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa memberi kepada dirinya sendiri dadah jenis Methaphetamine.

Oleh demikian, dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen(15)(1) akta yang sama.

Pertuduhan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, M Darrshini di hadapan Majistret Nadratun Naim Mohd Saidi.

Darrshini memohon jaminan RM3,000 dikenakan terhadap tertuduh namun Nadratun menetapkan jaminan RM2,000 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh.

Kes ditangguh sehingga 24 April depan untuk laporan patalogi.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-6-2024 06:34 PM GMT+8 , Processed in 0.062780 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list