CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8781|Reply: 0

[Pulau Pinang] Belajar proses dadah dalam penjara

[Copy link]
Post time 19-2-2024 05:10 PM | Show all posts |Read mode

MOHAMED Usuf Jan Mohamad (dua kiri) melihat sebahagian dadah jenis heroin dan syabu yang dirampas dan pembongkaran sebuah makmal haram memproses dadah pada sidang media di IPK Pulau Pinang. FOTO Mikail Ong

Georgetown: Polis membongkar 'makmal' yang menjalankan aktiviti pemprosesan dadah jenis heroin dan syabu dalam serbuan di sebuah apartmen di Tanjung Tokong, di sini, Sabtu lalu.

Serbuan dilakukan sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Pulau Pinang pada 7 malam.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata, terdahulu pihaknya menahan lelaki berusia 48 tahun di parkir sebuah apartmen sebelum menemukan sejumlah dadah dalam motosikalnya.

Menurutnya, berpandukan maklumat suspek, polis pergi ke sebuah unit di apartmen itu yang dipercayai dijadikan sebagai makmal pemprosesan dadah.



"Menerusi serbuan itu, polis menemukan sebanyak 98 bungkusan plastik dadah jenis heroin seberat 13.7 kilogram, 22 bungkusan plastik berisi syabu (600 gram), peralatan dan perkakasan bagi pemprosesan dadah.

"Turut dirampas, tiga plastik lutsinar berisi kafein seberat 19.3 gram, bahan kimia dan wang tunai RM15,500.

"Nilai keseluruhan rampasan dadah dan sitaan berjumlah RM203,000," katanya pada sidang media di IPK Pulau Pinang, di sini, hari ini.

Mohamed Usuf berkata, risikan mendapati aktiviti berkenaan aktif sejak penghujung tahun lalu bagi pasaran tempatan.

Menurutnya, siasatan mendapati suspek yang tidak bekerja itu mempelajari cara memproses dadah ketika dalam tahanan pada 2017 sebelum dibebaskan tahun lalu.

"Saringan ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif dadah, namun mempunyai tiga rekod lampau berkaitan dadah.

"Suspek yang juga warga tempatan direman tujuh hari sehingga 24 Februari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.

Katanya, pihaknya turut menyita sebuah kereta dan dua motosikal mengikut Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... dadah-dalam-penjara

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-6-2024 04:09 PM GMT+8 , Processed in 2.092528 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list