CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1441|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] PATI cuba masuk dari sempadan Kelantan dicekup

[Copy link]
Post time 27-2-2024 12:15 PM | Show all posts |Read mode

PATI wara Myanmar yang ditahan JIM di Kelantan sebelum mereka dipercayai akan dipindahkan ke Seremban dan Kuala Lumpur dalam operasi khas pada 21 Februari lalu. - Foto JIM

PUTRAJAYA- Jabatan Imigresen (JIM) berjaya menumpaskan satu sindiket penyeludupan manusia dalam operasi khas yang dilaksanakan di beberapa lokasi sekitar Kubang Kerian, Kelantan pada 21 Februari lalu.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh berkata, operasi itu dilaksanakan rentetan hasil kejayaan operasi terdahulu telah dijalankan sejak awal Februari.

Katanya, berdasarkan maklumat awam dan risikan, pasukan berjaya mengesan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dipercayai ‘transporter’ di laluan Kubang Kerian ke Pasir Puteh.

“Pasukan operasi bertindak mengarahkan pemandu memberhentikan kenderaan untuk pemeriksaan.

“Menyedari diekori, pemandu bertindak memecut kenderaan untuk melepaskan diri, namun pasukan berjaya menyekat kenderaan berkenaan di kawasan simpang tiga, Jalan Bukit Marak-Jalan Peringat, Bachok,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Jelasnya, pemeriksaan lanjut mendapati MPV berkenaan dipandu oleh seorang lelaki warganegara Malaysia yang disyaki transporter.

“Turut dijumpai seramai enam orang pendatang asing tanpa izin (PATI) berumur antara 17 hingga 25 tahun terdiri daripada tiga lelaki dan tiga perempuan warga Myanmar.

“Mereka dipercayai dalam perjalanan dari rumah penampungan menuju ke destinasi tertentu ditetapkan sindiket,” jelasnya.

Soal siasat ke atas transporter turut membawa JIM ke sebuah premis di sekitar Demit, Kota Bharu yang dipercayai digunakan sebagai sebuah rumah transit.

Susulan itu, JIM menahan seorang lagi lelaki warga tempatan berusia lingkungan 40-an disyaki penjaga rumah tersebut.

Mengulas lanjut, Ruslin berkata, siasatan awal mendapati sindiket telah mengubah modus operandi dengan menghindari stesen bas awam bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

“Sebaliknya, mereka menggunakan rumah penampungan untuk menempatkan sementara PATI yang baru diseludup sebelum dipindahkan menggunakan transporter ke destinasi tertentu sekitar Seremban dan Kuala Lumpur.

“Transporter akan dibayar antara RM1,000 hingga RM1,200 bagi setiap pergerakan tertakluk kepada jarak perjalanan,” ujarnya.

Kesemua PATI dan warganegara Malaysia yang ditahan dalam kejadian ini dibawa ke Pejabat Bahagian Penguatkuasa JIM Kelantan di Kota Bharu untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/02 ... n-kelantan-dicekup/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-6-2024 07:22 AM GMT+8 , Processed in 0.052983 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list