CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2916|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Pengusaha restoran dikesan guna dekoder tayangan peribadi, elak bayar syarikat penyiaran

[Copy link]
Post time 27-2-2024 04:23 PM | Show all posts |Read mode

KPDN menjalankan pemeriksaan di premis perniagaan di Kepong, yang disyaki menayangkan kandungan syarikat penyiaran tanpa menggunakan lesen. FOTO KPDN

Kuala Lumpur: Premis perniagaan termasuk restoran dikesan menggunakan dekoder tayangan peribadi bagi mengelak membayar pakej perniagaan kepada syarikat penyiaran berbayar.

Perbuatan pengusaha itu dikesan menerusi pemeriksaan dijalankan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bersama wakil syarikat penyiaran terbabit pada Sabtu lalu.

Pengarah KPDN Kuala Lumpur, Ariffin Samsudin berkata, pemeriksaan dijalankan di tiga premis perniagaan sekitar Kepong, di sini.

"Hasil pemeriksaan mendapati dua daripada premis disyaki menayangkan kandungan penyiaran berbayar tanpa menggunakan lesen yang sewajarnya untuk premis komersial.



"Tindakan seterusnya pasukan penguat kuasa memberikan nasihat mengenai pelanggaran Akta Hak Cipta 1987.

"Pihak syarikat turut memberikan rundingcara berkenaan tindakan sewajarnya bagi mendapatkan lesen tayangan sah," katanya dalam sidang media selepas Program Advokasi Kepenggunaan (Perlindungan Harta Intelek) di Pejabat KPDN Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pemeriksaan lanjut akan dilakukan pihaknya selepas amaran awal diberikan kepada pengusaha premis terbabit.

Katanya, sekiranya pengusaha premis masih gagal mematuhi penggunaan lesen tayangan kandungan sah maka tindakan akan diambil mengikut Seksyen 43AA(1) Akta Hak Cipta 1987.

"Kita akan meningkatkan pemeriksaan di premis sekitar Kuala Lumpur menjelang perlawanan Euro 2024 pada Mac ini bagi memastikan tiada pengusaha premis yang melanggar akta ditetapkan.

"Pemeriksaan tidak hanya tertumpu di restoran, tetapi juga di premis perniagaan lain seperti pusat hiburan, pub dan kelab malam yang disyaki turut menayangkan kandungan tanpa lesen sah" katanya.

Beliau berkata, tindakan tegas diambil bagi memastikan harta intelek melalui hak cipta dilindungi dan tidak dieksploitasi oleh pihak tidak bertanggungjawab dan memelihara imej negara daripada tersenarai dalam 'watchlist' oleh pihak Wakil Perdagangan Amerika Syarikat (USTR).
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... peribadi-elak-bayar
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-6-2024 09:47 AM GMT+8 , Processed in 0.258054 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list