CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4134|Reply: 0

JDT Racing Team mampu gegar dunia sukan permotoran

[Copy link]
Post time 27-2-2024 05:17 PM | Show all posts |Read mode

Pelumba JDT Racing Team, Hafizh Syahrin menguji jentera di Litar Antarabangsa Sepang semalam. - Foto JDT

KUALA LUMPUR: Persatuan Sukan Bermotor Malaysia (MAM) optimis pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) Racing Team berpotensi 'menggegarkan' dunia sukan permotoran yang baharu diceburi.

Presiden MAM, Tan Sri Mokhzani Mahathir berkata JDT Racing Team mampu mengikut jejak langkah kelab JDT yang telah membuktikan kecemerlangan mereka dalam kancah bola sepak tempatan selain menjadi pasukan pertama dari Asia Tenggara menjuarai Piala AFC pada 2015 dengan menewaskan skuad dari Tajikistan, Istiklol FC, 1-0.

"Berdasarkan profesionalisme JDT dalam sukan bola sepak dan sekiranya dilanjutkan dalam dunia permotoran, peluang (JDT Racing Team) jadi jaguh dalam masa terdekat adalah jelas.

"Saya fikir pasukan ini dibentuk untuk mencapai kejayaan," katanya kepada pemberita selepas sesi makan tengah hari bersama media di sini, hari ini.


Oktober lepas, JDT melebarkan sayap mereka dengan menceburi sukan permotoran bersama pelumba motosikal negara, Hafizh Syahrin Abdullah yang akan bersaing pada Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) pada musim 2024.

Pelumba berusia 29 tahun itu merupakan wakil Malaysia pertama bersaing dalam Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) pada 2018.

Selain bola sepak, JDT turut menceburi sukan lain seperti futsal, polo, tinju dan hoki ais.

Dalam pada itu, Mokhzani berkata MAM akan melancarkan satu garis panduan yang lebih komprehensif untuk penganjuran acara sukan permotoran dan perlumbaan drag tidak lama lagi.

Katanya, garis panduan tersebut akan memberi gambaran jelas kepada penganjur dalam memastikan keselamatan semua pihak dalam acara yang mendapat tauliah dari MAM terjamin.

Beliau pada masa sama, berkata MAM juga sedang memperkukuhkan kerjasama bersama Kementerian Belia dan Sukan, kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan dan polis bagi memastikan isu keselamatan dipatuhi penganjur termasuk mengelakkan kemalangan ketika perlumbaan berlangsung. - BERNAMA
https://www.bharian.com.my/sukan ... ia-sukan-permotoran
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 08:52 PM GMT+8 , Processed in 0.059208 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list