CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5068|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Wujudkan kelas prasekolah di semua institusi KPM

[Copy link]
Post time 6-3-2024 03:05 PM | Show all posts |Read mode

Fadhlina pada Majlis Perasmian Karnival Keusahawanan PERMATA Remaja, di PPR Seri Pantai, Kuala Lumpur hari ini. Foto oleh SHIDDIEQIIN ZON/ KOSMO!

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan (KPM) bercadang untuk mewujudkan kelas prasekolah di semua institusi di bawah kementerian itu bermula minggu depan.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, cadangan itu bagaimanapun akan dilakukan secara berperingkat mengikut permintaan, keperluan dan keupayaan KPM.

“Hala tuju setakat ini, kita akan memperluaskan peluasan prasekolah di bawah institusi KPM. Prasekolah KPM ini percuma dan kita mahu ibu bapa memilihnya.

“Sifat awal prasekolah ini bagi mengelakkan keciciran dan melakukan intervensi awal. Ia akan berlaku dengan pesat kerana kita akan mewajibkan di semua institusi KPM dan 27 buah IPG,” katanya selepas merasmikan Karnival Keusahawanan PERMATA Remaja di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Pantai di sini, hari ini.

Tambah Fadhlina, sebanyak 129 kelas prasekolah ditambah pada tahun ini menjadikan jumlah keseluruhan 9,909 di seluruh negara.

Langkah itu bagi memberi peluang kepada lebih ramai murid mendapat pendidikan di peringkat awal.

Selain itu, merujuk kepada cadangan mewajibkan semua kanak-kanak terutama Bumiputera belajar sistem prasekolah seawal usia lima tahun, Fadhlina berkata, pihaknya bersama pasukan khas yang ditubuhkan sedang meneliti keperluan tersebut.

Dalam perkembangan lain, Karnival Keusahawanan PERMATA Remaja dijadualkan berlangsung selama dua hari bermula hari ini dengan penglibatan seramai 250 peserta.

Menurut Fadhlina, hasrat penubuhan karnival ini adalah bagi mempraktik amalan pendidikan berterusan dalam kalangan anak-anak Malaysia sejak lahir hingga dewasa khususnya golongan remaja berisiko B40.

“Ada antara peserta berjaya menjana pendapatan sehingga RM2,500 sebulan melalui bakat keusahawanan mereka,” katanya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... uruh-institusi-kpm/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 08:26 PM GMT+8 , Processed in 0.056033 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list