CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4873|Reply: 0

[Kedah] Dua individu ditahan cuba halang pihak berkuasa melakukan tugas

[Copy link]
Post time 16-3-2024 10:58 AM | Show all posts |Read mode

Tangkap layar menunjukkan seorang individu yang tidak berpuas hati ketika anggota penguatkuasa MBAS melakukan tugas di Dataran Medan Bandar. FOTO ihsan pembaca

Alor Setar: Tindakan dua individu cuba mencetuskan pergaduhan ketika pihak berkuasa melakukan tugas di Dataran Medan Bandar di sini, malam Khamis lalu, mengundang padah apabila mereka ditahan polis untuk siasatan.

Kejadian itu turut tular di media sosial yang memperlihatkan dua individu terbabit didapati menjerit-jerit terhadap pihak penguat kuasa, hingga mencabar mereka untuk membuka pakaian seragam, selain mengeluarkan kata-kata kesat.

Malah, kegagalan mengawal emosi menyebabkan dua individu terbabit turut mengajak anggota penguat kuasa yang melakukan operasi sitaan itu, bergaduh.

Melalui video itu, kelihatan petugas kakitangan Majlis Bandar Raya Alor Setar (MBAS) terbabit turut dihalang dua individu yang mencetuskan kekecohan dan pergelutan, sebelum kejadian itu dapat dileraikan.



Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, kejadian 11.38 malam itu, ketika seorang pembantu penguat kuasa MBAS melakukan operasi sitaan peniaga di kawasan berkenaan.

Beliau berkata, tugas penguat kuasa terbabit kemudian dihalang dua individu terbabit yang mencetuskan kekecohan dan pergelutan, sebelum ia dapat dileraikan.

"Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan jenayah bagi menghalang penjawat awam yang menjalankan tugas," katanya.

Dalam pada itu, sumber MBAS memaklumkan, kawasan terbabit sememangnya menjadi kawasan larangan untuk sebarang perniagaan.

"Terdapat papan tanda besar yang memaklumkan mengenai larangan di kawasan itu.

"Malah, notis mengenainya sudah dikeluarkan sejak tahun 2022 termasuk di media sosial dan masih terpakai hingga kini.

"Berikutan itu, laporan polis dibuat berhubung kejadian itu dengan siasatan terhadapnya sedang dilakukan oleh pihak berkuasa berkenaan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... asa-melakukan-tugas

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-6-2024 11:53 PM GMT+8 , Processed in 0.072034 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list