CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8378|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Umat Islam makan beras import hanya perlu tunai kadar asas RM7 zakat fitrah

[Copy link]
Post time 16-3-2024 03:18 PM | Show all posts |Read mode

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar. -BERNAMA

KUALA LUMPUR: Kadar asas bayaran zakat fitrah di Wilayah Persekutuan, Putrajaya dan Labuan kekal RM7 seorang dengan penetapan itu terpakai untuk semua umat Islam tanpa mengambil kira jenis beras yang dimakan, termasuk beras import.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar, berkata walaupun negara ketika ini berdepan isu ketiadaan beras tempatan, ia tidak menyebabkan berlaku kenaikan kepada kadar asas zakat fitrah.

Katanya, pengiraan kadar asas zakat fitrah sudah mengambil kira julat harga beras tempatan dan beras import biasa.

"Tidak timbul isu ketiadaan beras tempatan (menyebabkan individu yang memakan beras import perlu bayar zakat lebih tinggi).



"Bagi mana-mana individu tidak kira sama ada memakan beras import biasa atau beras yang lebih tinggi kualitinya sekalipun, tetap sah zakat fitrahnya jika dibayar mengikut kadar asas RM7," katanya kepada BH, hari ini.

Mohd Na'im diminta mengulas kekeliruan segelintir umat Islam mengenai keperluan untuk membayar zakat fitrah mengikut jenis beras dimakan.

Kecelaruan itu timbul susulan bekalan beras tempatan yang tidak mencukupi ketika ini sehingga memaksa ramai beralih kepada beras import walaupun kurang berkemampuan.

Mengulas lanjut, beliau berkata, umat Islam perlu memahami bahawa dua lagi kategori bayaran zakat fitrah iaitu bagi pengguna beras import premium, RM15 dan pengguna beras basmathi (RM22), bukanlah satu kewajipan.

"Perkara asas yang perlu difahami adalah fitrah dibayar mengikut makanan ruji tempatan, dalam konteks Malaysia, tentunya beras. Maka hukum asalnya fitrah dibayar menggunakan beras atau dibayar dengan nilai yang mewakili jumlah beras fitrah yang wajib ditunaikan.

"Pemilihan harga yang lebih tinggi adalah satu galakan dan dianggap lebih baik jika berkemampuan. Bagaimanapun, ia bukanlah satu kewajipan sebaliknya galakan untuk membayar dengan kadar yang lebih tinggi mengikut kemampuan," katanya.

Jelasnya, penetapan harga fitrah dan kadar yang dianggap sah sudah dibincang Mesyuarat Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan Kali Ke-143 yang berlangsung pada Oktober tahun lalu.

Katanya, ia telah diwartakan di bawah Seksyen 34 Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam Wilayah Persekutuan 1993.

Beliau turut ditanya sama ada kerajaan bercadang membuat kajian atau rombakan terhadap kadar zakat fitrah semasa mengambil kira konteks dihadapi rakyat hari ini termasuk ketiadaan beras tempatan.

"Kajian mengenai harga fitrah berdasarkan harga beras ini sudah dibuat ketika penyediaan kertas kerja bagi dibentangkan ke Majlis Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan. Kajian dibuat oleh pihak Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dengan kerjasama Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan.

"Justeru, penetapan harga fitrah bagi tahun ini sudah mengambil kira kajian menyeluruh dan kajian semula akan dibuat tahun depan jika berlaku perubahan signifikan terhadap harga beras," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... adar-asas-rm7-zakat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 196479 Replies : 4551
Point Kumpul Tachang
evatasoPoint Kumpul Tachang
Views : 30408 Replies : 183
TREND MARKETING OR STICK TO EVERGREEN METHOD?
adila39TREND MARKETING OR STICK TO EVERGREEN ME
Views : 2665 Replies : 15
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 7013 Replies : 49
Expectation vs Reality
Lavender85Expectation vs Reality
Views : 7803 Replies : 56
Guru lolipop pelajar sedang tidur didakwa.Apakah yang telah berlaku?
YgBenarGuru lolipop pelajar sedang tidur didakw
Views : 7259 Replies : 27
Ramai yg jawab 100. Tapi sebenarnya salah.
chaconRamai yg jawab 100. Tapi sebenarnya sala
Views : 7461 Replies : 39
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 103984 Replies : 2888
Kereta manual VS kereta automatik,
fahdramliKereta manual VS kereta automatik,
Views : 92757 Replies : 166
Siapa Pernah Jadi PM, Angkat Tangan
KurexSiapa Pernah Jadi PM, Angkat Tangan
Views : 16474 Replies : 50

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 11:10 PM GMT+8 , Processed in 0.055266 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list