CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6369|Reply: 35

[Tempatan] Suami kahwin lain cabut lari, isteri bawa anak tidur masjid

  [Copy link]
Post time 21-3-2024 02:11 PM | Show all posts |Read mode
Suami kahwin lain cabut lari, isteri bawa anak tidur masjid

https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... -anak-tidur-masjid/

Oleh KOSMO!
21 Mac 2024, 1:40 pm


Wanita bersama dua orang anaknya. -Foto FB ABU HAMZAN

Oleh NUR MUHAMMAD NAUFAL DUROKHMAN

PETALING JAYA – Seorang jemaah terkejut apabila seorang ibu bersama dua anaknya yang masih kecil meminta kebenaran untuk bermalam di masjid selepas selesai solat tarawih.

Walau bagaimanapun lokasi kejadian tidak dinyatakan dalam hantaran tersebut yang dikongsi di media sosial sehingga tular semalam.

Menurut perkongsian oleh Abu Hamizan itu, wanita berkenaan datang kepadanya meminta kebenaran untuk bermalam di masjid berkenaan kerana baru dihalau dari rumah sewa.

Tambahnya, setelah ditanya keberadaan suami, wanita berkenaan menjawab suaminya sudah bernikah lain dan meninggalkan dia bersama dua anak dalam keadaan sehelai sepinggang.

“Untuk kepastian, saya bertanya kakak ini dari mana? Kenapa nak tidur di masjid? Anak-anak ini ayahnya di mana?

“Jawapannya membuatkan saya terdiam seketika, kata ibu ini saya baru dihalau dari rumah sewa, suaminya pula semenjak kahwin baru ini langsung tidak ambil kisah pasa keluarga,” kata Abu Hamzan.

Dia menjelaskan, wanita itu tidak mempunyai wang dan berasal dari Selangor.

“Saya beri sikit wang untuk membeli tiket bas dan keperluan lain,” jelasnya.

Tinjauan di ruangan komen mendapati ramai yang memberi kata-kata pujian kepada jemaah masjid tersebut kerana sudi membantu tiga beranak tersebut.

“Di saat kita susah masih ada insan yang lebih susah, Allah sedang menguji kita juga,” kata Hamba Musafir Hina.

“Allahu terima kasih ustaz semoga Allah permudahkan ustaz dan ibu serta anak-anaknya itu,” kata AnDre PiRlo. -KOSMO! ONLINE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2024 02:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Mak ayah Dan adik beradik atau sedara maranya mana?
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2024 02:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Jangan tolong sangat....suruh pusat zakat tolong diorang

Indon kat Malaysia elok berumah berbumbung
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2024 02:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Sepatutnya dah tahu ko dah kena cerai patut dah tahu nak langkah kanan ke mana.

Cari kerja cleaner ke, kedai makan ke...angkut jelah anak kau tu suruh buat kerja sekali tolong kau cuci jamban ke apa.

Nak harapkan laki kau...laki ko tengah sedap dapat apom baru.
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2024 02:53 PM | Show all posts
semoga dipermudahkan urusan
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2024 02:57 PM | Show all posts
sungguh tak bertanggungjwb suami nya tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-3-2024 02:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Elok suami tu Mati jelah
Hidup pung tak Guna sesen pung
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2024 03:57 PM | Show all posts
ade berbagai2 dakwaaan dan sangkaan kat komen aku tgk kat fb..ada kata skrip yang sama la kat tempat lain pon buat la ambil kesempatan la bagai..bagi aku..yg penting sangka baik dulu yang penting
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2024 04:00 PM | Show all posts
epullipan replied at 21-3-2024 03:57 PM
ade berbagai2 dakwaaan dan sangkaan kat komen aku tgk kat fb..ada kata skrip yang sama la kat tempat ...

ye....sangka baik. yg penting kasihan anak2 yg kecil x tahu apa2.
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2024 05:31 PM | Show all posts
kesian kat anak-anak....
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2024 05:52 PM | Show all posts
tah gamba sapa la dorang ni guna buat mintak sedekah
kalau betul pg hantar JKM sana, ikut saluran betol
kang tau2 bg nombor akaun ustaz plak
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2024 05:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya Allah kesiannya, semoga dipermudahkan urusan semuanya
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2024 06:14 PM From the mobile phone | Show all posts
bc artikel kesian, bc komen berbelah bagi plak. kalau menipu jgn diheret skali anak2 tu kecik tuek blake lg.
kalau betul, nape la ramai betul jantan hanat skrg. ko ambil dia elok2 kenduri bagai, dah taknak main hambat lagutu je. p la anto balik kot runsing kene pelangkung cepat2 la lari. apooo anak kecik2 tgl gitu je. ehhh laaaa celaka
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2024 08:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Mostly lelaki melayu mmg celaka
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2024 08:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tumpanglalu74 at 21-3-2024 08:43 PM
ninja boy replied at 21-3-2024 08:11 PM
Mostly lelaki melayu mmg celaka

Pakcik masjid ni pon sama celake.  Patot bawak pompuan ni ke balai polis.  Kasi hantam sama itu jantan keparat.  Yang pegi cover untok jantan tu apasal?  Cover lattew..
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2024 11:48 PM | Show all posts
Mufti kata apa?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2024 12:13 AM From the mobile phone | Show all posts
manop replied at 21-3-2024 11:48 PM
Mufti kata apa?

mopti suh tenanggggg ..relaxxx..saberrrr
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2024 12:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Klau betul kesiannya smpai kena halau xkn awl2 lg xde plan b call adik beradik or fmly bincang utk mnumpang tidur xkn smpai kena tidur msjid. dasar jntan xguna ank2 kecik lg snggup ko tinggal tkontang kanting gitu je.
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2024 12:59 AM | Show all posts
ninja boy replied at 21-3-2024 08:11 PM
Mostly lelaki melayu mmg celaka

tak perlu la libatkan bangsa kalau emo sekalipon
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2024 07:57 AM | Show all posts
sindiket barukah...sampai ke mesjid...
aii bru pose ke 12 aty iolls dh hitam keh...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-6-2024 04:07 AM GMT+8 , Processed in 0.073076 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list