CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10232|Reply: 5

Taylor Swift bintang terkaya, harta cecah RM4.75 bilion

[Copy link]
Post time 3-4-2024 11:41 AM | Show all posts |Read mode

Swift menjadi pemuzik pertama raih pendapatan menerusi penulisan lagu dan persembahan, selepas kejayaan siri jelajah The Eras Tour. - Foto AGENSI

LOS ANGELES: Penyanyi pop dan komposer tersohor Amerika Syarikat (AS), Taylor Swift tersenarai sebagai Billionaire Dunia Forbes, lapor agensi.

Bintang pop berusia 34 tahun itu menjadi selebriti pertama dalam sejarah mencapai nilai bersih AS$1 bilion (RM4.75 bilion) melalui karya muzik atau persembahan.

Pencapaian Swift itu membolehkannya menyertai pengasas SpaceX, Elon Musk dalam ranking tahunan untuk kali pertama.

Forbes dilaporkan berkata, kejayaan Swift disebabkan pencapaian cemerlangnya ketika menjayakan siri jelajah The Eras Tour.


"Dengan nilai bersih AS$1 bilion (RM4.75 juta) yang diperoleh, Swift menjadi pemuzik pertama raih pendapatan hanya menerusi penulisan lagu dan persembahan, selepas kejayaan siri jelajahnya itu.

"Pencapaiannya itu membolehkan Swift menyertai hampir sedozen jutawan senarai A terkenal lain, termasuk George Lucas (RM26.13 bilion), Michael Jordan (RM15.2 bilion) dan Kim Kardashian (RM8.07 bilion)," katanya.


Kejayaan Swift disebabkan pencapaian cemerlangnya ketika menjayakan siri jelajah The Eras Tour. - Foto AGENSI

Mendahului senarai keseluruhan ialah gergasi barangan mewah Perancis LVMH Bernard Arnault dan keluarganya dengan nilai bersih RM1,107.33 bilion.

Musk (RM926.73 bilion) menduduki tempat kedua, manakala pengasas Amazon Jeff Bezos di tempat ketiga dengan kekayaan bernilai RM921.98 bilion.

Seterusnya, bos Meta, Mark Zuckerberg menduduki tempat keempat dalam senarai dengan nilai bersih RM841.19 bilion.

Laporan itu turut menyebut sejumlah 2,781 jutawan berjaya direkodkan untuk 2024.

Berdasarkan angka itu, terdapat penambahan 141 individu berbanding tahun lalu, manakala penambahan 26 individu daripada jumlah keseluruhan direkodkan pada 2021.

Forbes menambah jumlah kekayaan secara kolektif diraih golongan elit itu adalah RM67.48 trilion. - AGENSI
https://www.bharian.com.my/hibur ... -cecah-rm475-bilion

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2024 12:20 PM | Show all posts

Taylor Swift masuk senarai Forbes, harta cecah RM4.75 bilion

Edited by Abahmung at 3-4-2024 12:31 PM

Taylor Swift masuk senarai Forbes, harta cecah RM4.75 bilion
Susunan Farihad Shalla Mahmud - April 3, 2024 @ 11:28am
farihad@bh.com.my



Swift menjadi pemuzik pertama raih pendapatan menerusi penulisan lagu dan persembahan, selepas kejayaan siri jelajah The Eras Tour. - Foto AGENSI

LOS ANGELES: Penyanyi pop dan komposer tersohor Amerika Syarikat (AS), Taylor Swift tersenarai sebagai Billionaire Dunia Forbes, lapor agensi.

Bintang pop berusia 34 tahun itu menjadi selebriti pertama dalam sejarah mencapai nilai bersih AS$1 bilion (RM4.75 bilion) melalui karya muzik atau persembahan.

Pencapaian Swift itu membolehkannya menyertai pengasas SpaceX, Elon Musk dalam ranking tahunan untuk kali pertama.

Forbes dilaporkan berkata, kejayaan Swift disebabkan pencapaian cemerlangnya ketika menjayakan siri jelajah The Eras Tour.

"Dengan nilai bersih AS$1 bilion (RM4.75 billion) yang diperoleh, Swift menjadi pemuzik pertama raih pendapatan hanya menerusi penulisan lagu dan persembahan, selepas kejayaan siri jelajahnya itu.

"Pencapaiannya itu membolehkan Swift menyertai hampir sedozen jutawan senarai A terkenal lain, termasuk George Lucas (RM26.13 bilion), Michael Jordan (RM15.2 bilion) dan Kim Kardashian (RM8.07 bilion)," katanya.


Kejayaan Swift disebabkan pencapaian cemerlangnya ketika menjayakan siri jelajah The Eras Tour. - Foto AGENSI


Mendahului senarai keseluruhan ialah gergasi barangan mewah Perancis LVMH Bernard Arnault dan keluarganya dengan nilai bersih RM1,107.33 bilion.

Musk (RM926.73 bilion) menduduki tempat kedua, manakala pengasas Amazon Jeff Bezos di tempat ketiga dengan kekayaan bernilai RM921.98 bilion.

Seterusnya, bos Meta, Mark Zuckerberg menduduki tempat keempat dalam senarai dengan nilai bersih RM841.19 bilion.

Laporan itu turut menyebut sejumlah 2,781 jutawan berjaya direkodkan untuk 2024.

Berdasarkan angka itu, terdapat penambahan 141 individu berbanding tahun lalu, manakala penambahan 26 individu daripada jumlah keseluruhan direkodkan pada 2021.

Forbes menambah jumlah kekayaan secara kolektif diraih golongan elit itu adalah RM67.48 trilion. - AGENSI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2024 12:54 PM | Show all posts
byk duit camni mmg best, financially secure.
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2024 01:22 PM | Show all posts
Yoonggi replied at 3-4-2024 12:54 PM
byk duit camni mmg best, financially secure.

tapi tetap masuk api neraka
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2024 09:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Eleh. Kak mah flip hair je baca berita ni. Najib punya cukai tertunggak je 1 billion. Apa la sgat 4 billion kekayaan th.
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2024 04:58 PM From the mobile phone | Show all posts
kaya btul minah ni sampai angka billion
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-6-2024 02:42 AM GMT+8 , Processed in 0.074479 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list